Sunday, June 15, 2008

Ulasan Penyusun

Quranic Group merupakan satu siri kefahaman untuk mendalami asas-asas ajaran Islam. Quranic Group yang diterbitkan sebanyak 11 siri disusun dan disesuaikan untuk semua golongan pembaca bertujuan untuk memberi gambaran dan pendedahan berkaitan dengan asas-asas ajaran Islam yang suci. Penyusunan Quranic Group ini merangkumi perkara asas fardhu Ain, Ibadah, Fikrah, Sirah, Tajwid, Kefahaman ayat-ayat al-Quran dan Hadis dapat membantu pembaca memahami Islam secara lebih mudah dan praktikal.

Kandungan buku ini juga dapat menggambarkan kesyumulan ajaran Islam yang telah di sampaikan oleh baginda RasuluLLAH SAW. Kupasan yang mencakupi perkara asas dalam Islam iaitu perkara Asas Fardhu Ain Sehinggalah kepada tanggung jawab sebagai Khalifah ALLAH dapat memberi input baru kepada semua pembaca. Perincian berkaitan dengan peristiwa-peristiwa penting khususnya di dalam sirah memberi gambaran bahawa Islam itu tersebar dengan pengorbanan dan air mata generasi terdahulu yang sepatutnya dihargai oleh generasi pada ini. Dengan penggunaan bahasa yang senang difahami, isi kandungan yang teratur serta huraian dan contoh yang sesuai mampu membawa pembaca untuk lebih memahami asas-asas ajaran Islam, seterusnya membantu pembaca untuk lebih mendalami ajaran Islam yang suci ini.

Penyusunan buku yang diambil daripada sebahagian khazanah keilmuan Islam yang diharapkan mampu membina ahli masyarakat yang muthaqqaf (intelek) serta dapat memahami seterusnya mengamalkan Islam secara keseluruhannya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...