Wednesday, February 23, 2011

Sedikit Perkembangan QG





Alhamdulillah, krew QG mengucapkan syukur kerana QG mula mendapat perhatian dari pengguna-pengguna baru di serata Malaysia. Berikut ialah antara tempat yang telah memohon untuk mendapatkan QG di dalam bulan ini:

1 - UiTM Dungun, Terengganu
2 - UiTM Merbuk, Kedah
3 - SMKA Pedas, Negeri Sembilan
4 - Institut Perguruan Sungai Petani, Kedah

Selain itu, teman-teman lama yang menjadi pengguna setia QG juga telah memohon untuk top-up stok QG mereka. Antaranya ialah seperti berikut:

1 - SMKA Lati, Kelantan
2 - SMKA Naim Lil Banat, Kelantan
3 - Maahad Amir Indera Petra, Kelantan 

Krew QG mendoakan semoga ianya dapat memberi manfaat yang banyak kepada para pengguna QG sekalian. Adalah sangat diharapkan ianya dapat membantu anda melancarkan pengurusan dakwah dan tarbiyah khususnya usrah di tempat masing-masing InsyaAllah.

Sekian dimaklumkan.

Saturday, February 19, 2011

Pemberitahuan

Untuk makluman saudara/ri pengguna setia QG, sebarang pengurusan berkaitan QG yang sebelum ini diuruskan oleh Ustaz Hasyrie sekarang telah diletakkan di bawah kendalian Encik Anwar-013 2850339 dan Encik Kamal-013 4058718. Ustaz Hasyrie sekarang telah bermastautin di Johor untuk meneruskan kerjaya barunya. Oleh yang demikian, saudara/ri boleh terus berhubung dengan Encik Anwar dan Encik Kamal untuk hal yang tersebut.

Pihak pengurusan baru QG ingin mengucapkan selamat berjaya kepada Ustaz Hasyrie dan terima kasih di atas segala tunjuk ajar yang diberikan untuk menguruskan QG ini. 

Sekian, terima kasih.

Quranic Group Di Media Massa


Alhamdulillah, krew QG ingin merakamkan tahniah serta syabas kepada para nuqaba' Sekolah Menengah Sains Machang, Kelantan kerana telah berjaya mengadakan Tamrin Nuqaba' untuk melancarkan lagi pengurusan usrah mereka pada tahun 2011 ini. Apa yang menariknya, slot untuk QG telah dibengkelkan mereka dan program ini juga telah mendapat liputan dari akhbar Sinar Harian Kelantan. Untuk itu, krew QG mendoakan segala usaha yang telah dilakukan akan mendapat rahmat dari Allah SWT sekaligus akan dapat membantu ke arah penyebaran Islam dengan lebih baik InsyaAllah. Barakallahufikum. :) 

Friday, February 18, 2011

QG 4 (1) Cetakan Kedua


Untuk pengetahuan kepada semua teman pengguna Quranic Group yang dihormati, Quranic Group 4 bahagian 1 sudah kehabisan stok dan sedang dalam proses cetakan kedua. Justeru itu diharapkan anda semua dapat bersabar. InsyaAllah ianya akan dapat menemui anda di dalam seminggu dua lagi. Kami akan terus menghubungi anda sebaik sahaja ianya sudah berada di pasaran.

Segala kesulitan di pihak anda sangat kami kesali dan mohon dimaafi. Semoga kita semua sentiasa dipayungi rahmat Allah.

Sekian dimaklumkan.Terima kasih.

Thursday, February 17, 2011

Pengumuman keluaran terbaru masa terdekat..


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog Quranic Group dan pelanggan yang terus setia dengan Quranic Group sehingga hari ini.

Alhamdulillah, kerana dengan izin Allah, blog Quranic Group beroperasi seperti biasa dan kembali menemui peminat Quranic Group. Terima kasih kerana menggunakan khidmat kami sebagai suatu usaha yang murni untuk membantu orang ramai tentang bagaimanakah cara memahami asas-asas Islam. Insya Allah kami akan berusaha untuk membuat yang terbaik sebagai memenuhi kehendak anda.

Untuk makluman semua, diperingkat kami akan mengeluarkan Quranic Group terbaru dalam masa terdekat., Insyallah, keluaran baru tersebut ialah Quranic Group 4(3), 5(1) dan 5(2) yang sekian lama ditunggu oleh para pengguna. Kami mensasarkan ianya akan dapat menemui anda selewat-lewatnya bulan Mei ini insyaAllah.

Harapan kami ialah semoga dengan keluaran buku terbaru ini dapat menjadikan kita lebih lagi memahami tentang Islam seperti fikrah, sirah dan sebagainya. Kami mengalu-alukan cadangan serta komen dari pelanggan mengenai buku yang telah digunakan bagi memastikan mutu pembacaan berkualiti dan gaya bahasa yang mudah difahami.

Segala perhatian dan cadangan amatlah dihargai dari pihak kami.

Terima kasih.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...