Wednesday, September 18, 2019

MODUL BENGKEL USRAH TERBAIK (BEST) UNTUK NUQABA UiTM PERLIS


Alhamdulillah selesai program sehari bersama nuqaba UiTM Perlis. Menggunakan modul Bengkel Usrah Terbaik (BEST).

Bertempat di Maahad Tahfiz Al-Imam An-Nawawi (MATIN) Perlis.

In syaa Allah mereka telah dipersiapkan dengan 3 bekalan ini untuk menggempur kampus dengan usrah yang hebat:
1 - Kesedaran tentang kepentingan memperjuangkan usrah berdasarkan sirah nabi
2 - Bagaimana menjadi nuqaba profesional
3 - Teknik dan skill untuk memastikan halaqah usrah hidup dan menyeronokkan


Didoakan yang terbaik untuk mereka.

Bagi yang berminat untuk kami jayakan program ini di tempatnya, mohon hubungi 0134058718 (Kamal)








Friday, August 2, 2019

Da'i Nasrul Bersama Buku Silibus Usrah Quranic Group

Terima kasih Da'i Nasrulzamry kerana sudi mempromosikan buku ini kepada pelajar-pelajar sekolah di dalam jelajah beliau ke sekolah-sekolah seluruh Kelantan.

Didoakan bermanfaat kepada semua.

Sunday, June 23, 2019

MODUL BENGKEL USRAH TERBAIK (BEST) untuk NUQABA SMA AL-FALAH, KEMAMAN TERENGGANU


Alhamdulillah kami telah menjayakan modul ini untuk para nuqaba usrah SMA AL-Falah, Kemaman Terengganu. Program dibuat di Awamg Beach Resort, Dungun Terengganu.
.
Antara yang kami kongsikan ialah:
- Bestnya usrah
- Bagaimana mengendalikan usrah dengan berkesan
Didoakan membantu mereka supaya dapat wujudkan suasana usrah yang hidup dan menyeronokkan.
.
Bagi yang berminat untuk kami jayakan modul ini di tempatnya, mohon hubungi 0134058718.
.

Monday, April 22, 2019

MODUL BENGKEL USRAH TERBAIK (BEST) di SMKA FALAHIAH



Alhamdulillah kami telah menjayakan modul ini untuk para nuqaba usrah SMKA Falahiah.

.

Antara yang kami kongsikan ialah:

- Apa yang perlu dilakukan pada fasa awal majlis usrah?

- Apa yang perlu dilakukan pada fasa pertengahan majlis usrah?

- Apa yang perlu dilakukan pada fasa akhir majlis usrah?

.

Didoakan membantu mereka supaya dapat wujudkan suasana usrah yang hidup dan menyeronokkan.

.

Bagi yang berminat untuk kami jayakan modul ini di tempatnya, mohon hubungi 0134058718.

.

#quranicgroup
#usrahremaja
#bengkelusrahterbaik
#BEST
Quranic Group - QG
www.quranicgroup.blogspot.com

Tuesday, April 2, 2019

Slot BESTNYA USRAH di SMUA Diniah Permatang Rambai, Pasir Puteh Kelantan.

Alhamdulillah selesai menjayakan slot Bestnya Usrah kepada pelajar SMUA Diniah Permatang Rambai, Pasir Puteh Kelantan.

Juga memberikan 1 set buku silibus usrah Quranic Group - QG kepada mudirahnya sebagai memenuhi permintaan beliau. Jika jadi, In syaa Allah sekolah ini bakal menggunakan buku silibus tersebut untuk usrah mereka bila diadakan kelak.

Mari kita doakan mudah-mudahan remaja-remaji ini mendapat manfaat yang besar hasil tarbiah melalui sistem usrah di sekolah mereka nanti.

Oh ya, kepada mana-mana individu/institusi yang berminat untuk kami jayakan program seumpama ini di tempatnya, mohon hubungi/whatsapp di talian 0134058718.


Tuesday, February 12, 2019

Motivasi Untuk Nuqaba - Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Dalam Kenangan


Hari ini 12 Februari, tarikh keramat pemergian 2 orang tokoh hebat dalam Islam.

1 - As Syahid Imam Hassan Al-Banna

2 - Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Kami naikkan kembali video kami dan sahabat-sahabat saat menuju ke Pulau Melaka untuk menunaikan solat jenazah kepada Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Saksikan berapa ramainya manusia hadir. Motivasi untuk kita supaya sentiasa bersama dalam perjuangan menegakkan Islam.

Khususnya naqib/naqibah yang terlibat di dalam perjuangan menghidupkan usrah sebagai usaha kita menegakkan Islam di tempat masing-masing.

Inilah bentuk kematian yang kita idam-idamkan!

Wednesday, January 30, 2019

BENGKEL USRAH TERBAIK (BEST) - SMK ZAINAB 2


Pertama kali saya menjayakan modul ini kepada pelajar aliran sekolah menengah kebangsaan. Biasanya kepada SMKA, SBP atau MRSM.

Pun begitu semangat dan kesedaran yang tinggi dari mereka sebagai perintis generasi awal tarbiah usrah di sekolah melalui agenda Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) benar-benar mengujakan.

Didoakan perkongsian seharian tadi memberi manfaat dan membantu kelancaran perjalanan usrah mereka.

Mana-mana pihak yang berminat untuk saya jayakan program ini di tempatnya, mohon hubungi 0134058718.


Monday, January 14, 2019

BENGKEL USRAH TERBAIK (BEST) 2019




Bismillah. In syaa Allah pada tahun 2019 ini, kami ceria dan gembira membantu pihak badan dakwah sekolah dan IPT untuk menjayakan program-program memperkasakan usrah.

Kami serius membantu naqib/naqibah usrah remaja menjalankan usrah dengan efektif dan efisyen, melalui modul Bengkel Usrah Terbaik (BEST) ini. Modul kemahiran kami ialah sebagaimana yang tertera di poster tersebut.

Kami juga menyediakan buku silibus usrah yang bertajuk Quranic Group - QG untuk pelajar sekolah menengah bermula tingkatan 1 sehingga tingkatan 5.

Testimoni klien terhadap modul latihan dan buku silibus usrah kami boleh dilihat di blog ini - www.quranicgroup.blogspot.com. Pelbagai perkongsian artikel, tip-tip usrah dan aktiviti tentang kami juga boleh dilihat di blog tersebut.

Kami berdoa mudah-mudahan direzekikan Allah untuk bersama tuan dan cikpuan jayakan komitmen ini, di samping mengeratkan silaturahim. Ameen.


Nik Kamal, pengurus latihan nuqaba remaja dan buku silibus usrah Quranic Group
No tel - 0134058718

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...