Monday, March 26, 2012

Tips Menceriakan Usrah + Perkembangan Terkini Silibus Usrah Quranic Group



Bismillah, salam ukhuwwah buat semua sahabat dan pelawat setia blog Quranic Group ini. Semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat Allah.


Sebagai posting terbaru blog QG kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda iaitu: 

1. Tips menceriakan kumpulan usrah anda yang kami perolehi dari teman-teman yang berpengalaman.
2. Perkembangan terkini silibus usrah Quranic Group (QG)

Selamat membaca :)

Tips Menceriakan Kumpulan Usrah 

Usrah ialah satu platform untuk kita janakan ukhuwwah dan kefahaman kita bersama ahli-ahli kumpulan usrah tentang Islam. 2 item yang diboldkan itu mesti diusahakan untuk dicapai oleh para nuqaba', barulah usrah akan benar-benar berkesan kepada mereka yang menyertainya. 

Di dalam mendapatkan 2 elemen tersebut, kumpulan usrah yang ceria dan segar sangat perlu dibina dan diwujudkan. Ianya bagi memastikan proses give and take antara mad'u dan naqib berjalan dengan baik. Berikut ialah tips yang boleh dimanfaatkan bukan sahaja kepada naqib bahkan mungkin boleh sahaja untuk ahli-ahli usrah gunakannya untuk membantu menceriakan kumpulan usrah anda:

1 - Menghayati apa yang disampaikan dengan reaksi wajah dan bahasa badan yang kena kepada isi yang disampaikan. Sebagai contoh, berikan senyuman ketika isi penyampaian yang bermesejkan kegembiraan :)

2 - Mengucapkan 'terima kasih' kepada setiap ahli kumpulan usrah yang memberikan pandangan, sebagai tanda kita menghargainya. :)

3 - Banyakkan sentuhan antara anda dengan ahli kumpulan usrah anda seperti menyapa lututnya (jika anda duduk bersila di sampingnya) untuk mempersilakannya memberikan respon. :)

4 - Sentiasa memberikan kata-kata yang positif dan pujian sesama ahli usrah dengan fokuskan kepada kelebihan dan kekuatan yang dimiliki oleh mereka. Untuk ini, kita perlu menguasai rukun ta'aruf dan rukun tafahum dengan sebaiknya :)

5 - Menambah nilai dan kreativiti pengisian kumpulan usrah anda dengan aktiviti-aktiviti bermodul menggunakan alat bantuan tambahan seperti kertas A4, laptop, straw atau apa sahaja yang difikirkan sesuai. :)

Untuk tips yang ke-5 itu, kami boleh membantu anda dengan produk terbaru dari sahabat kami yang turut berjuang dalam mempromosikan kehebatan usrah ini. Boleh rujuk gambar dan no phone di bawah :)

    
Hubungi - Syed (019-369 1925) atau Hilmi (013-977 2668) untuk mendapatkannya :)

Perkembangan terkini silibus usrah Quranic Group (QG)


Alhamdulillah, QG telah banyak menerima tempahan dari sahabat-sahabat seluruh Malaysia dalam bulan Mac ini. Antara mereka yang telah memperolehi manhaj usrah yang 'comel' ini ialah dari : :)

- Sahabat dari UKM Bangi
- Sahabat dari UNISZA
- Sahabat perseorangan dari Perlis
- Sahabat perseorangan dari Perak
- SMKA Naim Lilbanat
- SMKA Falahiah
- UiTM Dungun
- Sahabat perseorangan dari Selangor
- SMI Puchong, Selangor
- SMK Sering, Kota Bharu
- Maahad Amir Indera Petra
- SMUA Yunusiah
- Sahabat dari UIA

InsyaAllah untuk bulan April ini, selain menguruskan tempahan dari sahabat-sahabat seluruh Malaysia, pihak krew QG sedang merancang untuk membuka booth jualan QG ini semasa program Motivasi Perdana Bersama Dr Shukri Abdullah di PUTIK, Pengkalan Chepa anjuran Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan. Semoga Allah memberikan peluang ini untuk kita semua bertemu dan berukhuwwah di sana :) 

Dan semoga Allah memberkati usaha kecil ini ke arah pembangunan ummah yang memahami Islam dengan beracuankan fikrah yang syumul InsyaAllah.

Sekian, jumpa lagi =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...