Sunday, November 27, 2011

Pengumuman Terbaru Silibus Usrah [QG 4(3), QG 5(1) & QG 5(2)]


Krew QG telah dimaklumkan oleh syarikat yang menguruskan percetakan QG 4(3), QG 5(1) & QG 5(2) bahawa tarikh siap cetak dan stok terbaru silibus usrah tersebut boleh diambil ialah pada 6 Disember 2011 iaitu pada hari Selasa minggu depan.

Oleh itu, kepada semua pelanggan QG yang ternanti-nantikan keluaran baru ini, anda semua sudah mula boleh membuat tempahan mulai sekarang. Untuk membuat tempahan, anda boleh menghubungi En Anwar - 0132850339 atau En Kamal - 0134058718.

Bagi pelanggan yang ingin memiliki silibus ini untuk dijadikan rujukan usrah untuk sekolah menengah, pihak kami mencadangkan QG 4(3) ini ialah untuk pelajar tingkatan 4 manakala QG 5(1) dan QG 5(2) ialah untuk pelajar tingkatan 5. Semoga dengan pembahagian mengikut marhalah (peringkat) ini akan memudahkan penerimaan mereka sekaligus memberikan kefahaman yang baik sebagaimana yang dikehendaki. Adapun untuk mad'u-mad'u (sasaran dakwah) di kampus, kami serahkan kepada anda untuk menyesuaikan silibus ini mengikut waqi' (suasana) masing-masing.

Di sini kami sertakan kandungan silibus QG 4(3) untuk rujukan para pelanggan yang dihormati. Adapun untuk QG 5(1) dan QG 5(2), InsyaAllah ianya akan dipostkan dalam blog ini untuk posting yang akan datang. Tunggu ya =)

Kandungan QG 4 (3)

Bab 1 : Fikrah
1. Manhaj Perjuangan Islam
2. Konsep Amal Jama'ie
3. Tadhiyah

Bab 2 : Sirah Nabawiyyah
1. Institusi Khilafah Islamiah
2. Perlantikan Khulafah Al-Rasyidin
3. Peristiwa Penting Zaman Khulafah Al-Rasyidin
4. Persengketaan Khalifah Ali Dengan Muawiyah
Bab 3 : Tafsir Al-Quran & Hadis Pilihan
1. Surah Al-Mu'minun ayat 1-11
2. Hadis - Bid'ah Dalam Urusan Agama
3. Hadis - Perkara Syubhah & Peranan Hati Manusia
4. Doa Menghapuskan Dosa

Sekian dari kami. Terima kasih.

Monday, November 14, 2011

Silibus Usrah Yang Berkesan Pemangkin Generasi Pencinta Islam


Silibus Usrah Yang Berkesan Pemangkin Generasi Pencinta Islam

Saya ingin berkongsi dengan teman-teman sedikit huraian di dalam silibus usrah Quranic Group (QG) 4(3) ini iaitu yang berkaitan permasalahan yang berlaku dalam sejarah awal selepas kewafatan Nabi SAW pada 1400 tahun yang lalu yang mana berlaku bibit-bibit perpecahan umat Islam dalam menentukan khalifah/pengganti Nabi SAW. Selepas kewafatan Nabi SAW ,  Abu Bakar RA berhadapan dengan sepakatnya kaum Khazraj dalam melantik Sa'ad bin Ubadah yang berlaku di Saqifah Bani Sa'idah yang akhirnya selesai dengan Abu Bakar dilantik menjadi khalifah selepas dicadangkan oleh Umar Al-Khattab. Permasalahan yang berlaku ini memberi sedikit sebanyak pengajaran kepada kita tentang bagaimana cara perlantikan pemimpin iaitu  adakah ia diberikan kepada mereka yang layak atau sebaliknya. Jelaslah di sini bahawa melantik pemimpin sewajibnya diberikan kepada mereka yang berhak sahaja dan sesiapa pun bebas memilih pemimpin mereka asalkan individu tersebut mempunyai kemampuan dalam memimpin.

Dalam era pemerintahan Khalifah Abu Bakar yang sangat getir berhadapan dengan golongan yang engkar kepada ajaran Islam, yakni enggan membayar zakat dan golongan yang mengaku nabi,  permasalahan demi permasalahan yang timbul ini telah berterusan sehingga memberi ruang kepada bibit-bibit kehancuran selepas berlaku pembunuhan terhadap khalifah seterusnya. Perpecahan umat Islam telah berlaku apabila dirakamkan di dalam sejarah tentang bagaimana terjadinya peperangan pertama yang melibatkan sahabat  Nabi SAW iaitu peperangan antara Khalifah Ali  dengan Siti Aisyah, Talhah, dan Zubeir Al-Awwam dalam menuntut pembelaan atas kematian khalifah Othman.

Silibus usrah QG 4(3) ini bagi saya InsyaAllah berupaya merungkai kekeliruan sesetengah orang Islam yang timbul persoalan di dalam benak fikiran mereka iaitu adakah para sahabat ini telah berpecah atau tidak berbaik-baik sesama Islam, sedangkan mereka yang terlibat adalah sahabat yang rapat dengan Nabi dan juga ada yang tergolong dalam kategori paling awal memeluk Islam. Saya ingin menyatakan di sini bahawa sebaiknya bagi kita adalah bersangka baik kepada sahabat Nabi SAW kerana mereka lebih tahu apa yang berlaku. Janganlah sesekali kita bersangka buruk atau membuat tanggapan negatif kepada sahabat baginda SAW. Nabi SAW sendiri ada berpesan dalam hadisnya seperti berikut:

" Sahabat-sahabatku umpama bintang di langit, barangsiapa mengikut salah satu di antara mereka, nescaya akan mendapat petunjuk"

Untuk pengetahuan sidang pembaca, Imam Hassan Al-Basri juga ada membuat ucapan istimewa untuk merungkai kekeliruan ini tatkala ada yang bertanya beliau tentang kisah peperangan tersebut. Kata-kata Imam Hassan Al-Basri ini ada dimuatkan dalam silibus usrah QG 4(3) ini.

Kami bersyukur dan berdoa semoga usaha yang sedikit ini mampu memberi gambaran yang jelas tentang permasalahan yang berlaku dan juga perkara yang asas tentang kesyumulan ajaran Islam. Kami berharap teman-teman di luar sana dapat terus memberi sokongan yang padu dalam memberi kesedaran dan juga sumbangan kepada Islam yang kita cintai ini. semoga usaha yang sedikit ini dinilai sebagai amal kebajikan dalam menaikkan Islam ke arah yang lebih tinggi.InsyaAllah.

Selamat membaca dan mengkaji sejarah Islam dalam silibus usrah ini dan semoga kita mengambil pengajaran daripadanya! =)



InsyaAllah silibus usrah iaitu QG 4 (3), QG 5(1) dan 5(2) ini akan terbit selewat-lewatnya awal disember 2011. 

Terima Kasih







Tuesday, June 28, 2011

IKLAN TERBARU QG



{Admin- ANDA pasti meminatinya..ayuh sahabat-sahabat sebarkan rakan-rakan lain..!!
berminat..??hubungi no yang tertera dibawah..Terima Kasih

Thursday, March 31, 2011

Sekitar Jualan QG di Program Motivasi Dr Shukri Abdullah

Alhamdulillah, krew QG berpeluang bersama-sama dengan Dr Shukri Abdullah (Perunding Motivasi) di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah, (PUTIK) Pengkalan Chepa Kelantan sempena Program Motivasi Bijak Belajar bersama beliau. Syarikat Itqan Event Management berpeluang bergambar bersama Dr Shukri dan mengadakan jualan QG kepada pelajar -pelajar sekolah agama Kelantan. Alhamdulillah, inilah peluang untuk kami bertemu muka antara ibu bapa dan pelajar sekolah disamping menerangkan penggunaan QG dikalangan pelajar untuk memudahkan cara menggunakannya..Ramai juga dikalangan ibu bapa dan guru mengambil peluang mendengar penerangan yang sampaikan oleh pengurus QG. Sedikit usaha yang dilakukan oleh pihak kami ini diharap dapat membantu pelajar-pelajar disamping mengunakan QG sebagai bacaan tambahan dalam memahami perkara berkaitan dengan asas-asas kefahaman Islam.

           "Mungkin ini buku sesuai untuk sekolah kita..."
                                               

        En. Kamal melayan kerenah adik-adik pelajar


   Krew QG bersama Dr Shukri Abdullah


              "Nah...Adik amik satu..Free je tau...."

    "Boleh amik,kalu ada ape-ape hubungi kami yea.."


              Guru-guru & ibu bapa juga tidak melepaskan peluang memiliki QG

Itulah serba sedikit perkembangan terkini berkaitan QG. Sebarang pertanyaan silalah hubungi kami.InsyaAllah kami akan melakukan yang terbaik untuk anda semua..

- Unit ICT dan pemasaran Quranic Group.

Wednesday, February 23, 2011

Sedikit Perkembangan QG





Alhamdulillah, krew QG mengucapkan syukur kerana QG mula mendapat perhatian dari pengguna-pengguna baru di serata Malaysia. Berikut ialah antara tempat yang telah memohon untuk mendapatkan QG di dalam bulan ini:

1 - UiTM Dungun, Terengganu
2 - UiTM Merbuk, Kedah
3 - SMKA Pedas, Negeri Sembilan
4 - Institut Perguruan Sungai Petani, Kedah

Selain itu, teman-teman lama yang menjadi pengguna setia QG juga telah memohon untuk top-up stok QG mereka. Antaranya ialah seperti berikut:

1 - SMKA Lati, Kelantan
2 - SMKA Naim Lil Banat, Kelantan
3 - Maahad Amir Indera Petra, Kelantan 

Krew QG mendoakan semoga ianya dapat memberi manfaat yang banyak kepada para pengguna QG sekalian. Adalah sangat diharapkan ianya dapat membantu anda melancarkan pengurusan dakwah dan tarbiyah khususnya usrah di tempat masing-masing InsyaAllah.

Sekian dimaklumkan.

Saturday, February 19, 2011

Pemberitahuan

Untuk makluman saudara/ri pengguna setia QG, sebarang pengurusan berkaitan QG yang sebelum ini diuruskan oleh Ustaz Hasyrie sekarang telah diletakkan di bawah kendalian Encik Anwar-013 2850339 dan Encik Kamal-013 4058718. Ustaz Hasyrie sekarang telah bermastautin di Johor untuk meneruskan kerjaya barunya. Oleh yang demikian, saudara/ri boleh terus berhubung dengan Encik Anwar dan Encik Kamal untuk hal yang tersebut.

Pihak pengurusan baru QG ingin mengucapkan selamat berjaya kepada Ustaz Hasyrie dan terima kasih di atas segala tunjuk ajar yang diberikan untuk menguruskan QG ini. 

Sekian, terima kasih.

Quranic Group Di Media Massa


Alhamdulillah, krew QG ingin merakamkan tahniah serta syabas kepada para nuqaba' Sekolah Menengah Sains Machang, Kelantan kerana telah berjaya mengadakan Tamrin Nuqaba' untuk melancarkan lagi pengurusan usrah mereka pada tahun 2011 ini. Apa yang menariknya, slot untuk QG telah dibengkelkan mereka dan program ini juga telah mendapat liputan dari akhbar Sinar Harian Kelantan. Untuk itu, krew QG mendoakan segala usaha yang telah dilakukan akan mendapat rahmat dari Allah SWT sekaligus akan dapat membantu ke arah penyebaran Islam dengan lebih baik InsyaAllah. Barakallahufikum. :) 

Friday, February 18, 2011

QG 4 (1) Cetakan Kedua


Untuk pengetahuan kepada semua teman pengguna Quranic Group yang dihormati, Quranic Group 4 bahagian 1 sudah kehabisan stok dan sedang dalam proses cetakan kedua. Justeru itu diharapkan anda semua dapat bersabar. InsyaAllah ianya akan dapat menemui anda di dalam seminggu dua lagi. Kami akan terus menghubungi anda sebaik sahaja ianya sudah berada di pasaran.

Segala kesulitan di pihak anda sangat kami kesali dan mohon dimaafi. Semoga kita semua sentiasa dipayungi rahmat Allah.

Sekian dimaklumkan.Terima kasih.

Thursday, February 17, 2011

Pengumuman keluaran terbaru masa terdekat..


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog Quranic Group dan pelanggan yang terus setia dengan Quranic Group sehingga hari ini.

Alhamdulillah, kerana dengan izin Allah, blog Quranic Group beroperasi seperti biasa dan kembali menemui peminat Quranic Group. Terima kasih kerana menggunakan khidmat kami sebagai suatu usaha yang murni untuk membantu orang ramai tentang bagaimanakah cara memahami asas-asas Islam. Insya Allah kami akan berusaha untuk membuat yang terbaik sebagai memenuhi kehendak anda.

Untuk makluman semua, diperingkat kami akan mengeluarkan Quranic Group terbaru dalam masa terdekat., Insyallah, keluaran baru tersebut ialah Quranic Group 4(3), 5(1) dan 5(2) yang sekian lama ditunggu oleh para pengguna. Kami mensasarkan ianya akan dapat menemui anda selewat-lewatnya bulan Mei ini insyaAllah.

Harapan kami ialah semoga dengan keluaran buku terbaru ini dapat menjadikan kita lebih lagi memahami tentang Islam seperti fikrah, sirah dan sebagainya. Kami mengalu-alukan cadangan serta komen dari pelanggan mengenai buku yang telah digunakan bagi memastikan mutu pembacaan berkualiti dan gaya bahasa yang mudah difahami.

Segala perhatian dan cadangan amatlah dihargai dari pihak kami.

Terima kasih.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...