Wednesday, December 6, 2017

11 Kelebihan Ziarah-Menziarahi Sesama Ahli Usrah


Bismillah. Bagi menyempurnakan rukun usrah yang tiga itu iaitu taaruf, tafahum dan takaful, maka ziarah-menziarahi ke rumah naqib/naqibah dan sesama ahli usrah wajib diusahakan.

Kenapa? Kerana melalui ziarah-menziarahi, banyak maklumat dan manfaat yang kita tak dapat sebelum ini tentang ahli usrah kita, dapat diperolehi dengan mudah melalui aktiviti ini.

Antaranya seperti berikut:

1 ~ Tahu di manakah rumahnya
2 ~ Tahu bagaimana dia menjalani kehidupan seharian
3 ~ Tahu keadaan ekonomi keluarganya
4 ~ Tahu apakah fikrah dia dan keluarganya
5 ~ Tahu latar belakang dan susur galur keturunan keluarganya
6 ~ Tahu bagaimana kehadiran kita boleh memberi makna kepada dia dan keluarganya
7 ~ Hubungan persaudaraan antara kita dengan mereka menjadi semakin erat
8 ~ Dapat menanam kepercayaan kepada keluarga dia tentang kita (khususnya kita sebagai naqib/naqibah)
9 ~ Akan wujud faham-memahami yang lebih baik, sekaligus menghasilkan iklim suasana perhubungan sesama ahli usrah yang lebih harmoni
10 ~ Tahu bagaimana untuk menghubungi keluarganya, khususnya ibu dan ayah, dengan mendapatkan nombor telefon dan sebagainya.
11 ~ Marhalah takaful akan dapat dijayakan dengan lebih baik, setelah poin 1 hingga poin 10 di atas telah diperolehi


Penulis pernah berpengalaman melihat melalui aktiviti ini, ada naqib yang dilayan oleh keluarga ahli usrahnya dengan layanan yang begitu istimewa. Sehingga ada keluarga yang suka untuk menjadikan naqib itu seperti ahli keluarganya sendiri. Rumah boleh buat macam rumah sendiri. Kereta pun diberi untuk digunakan oleh naqib tersebut, macam keretanya sendiri.

Itu kesan ukhuwah yang terjadi, selepas melakukan aktiviti ziarah-menziarahi ini.

Sama-sama kita menjadikannya aktiviti wajib di dalam proses pentarbiahan melalui usrah. In syaa Allah.

Friday, November 17, 2017

Poster Terbaru Bengkel Usrah Terbaik (BEST)


Bagi tuan/puan yang inginkan proposal lengkap tentang modul latihan ini, mohon berikan email di ruangan komen di bawah.

Wednesday, October 18, 2017

Pemimpin Mahasiswa Islam Berminat Dengan Silibus Usrah Quranic Group


Menerima kunjungan saudara Shahril iaitu Presiden Ikatan Mahasiswa Darul Naim, USIM. Beliau datang ke pejabat untuk mendapatkan buku Quranic Group - QG ini bagi memberi nilai tambah kepada usrah kendaliannya.

Didoakan usrah yang dijalankannya berlangsung dengan lancar.

#nikkamal
#quranicgroup
www.quranicgroup.blogspot.com

Saturday, October 7, 2017

Silibus Usrah Quranic Group (QG) Terus Mendapat Perhatian


Menerima kunjungan saudara Mohamad Syukri iaitu pelajar USIM yang mengambil kursus dakwah dan pengurusan Islam. Beliau datang ke pejabat untuk mendapatkan buku Quranic Group - QG ini bagi memberi nilai tambah kepada usrah kendaliannya.

Didoakan usrah yang dijalankannya berlangsung dengan lancar.

#nikkamal
#quranicgroup
www.quranicgroup.blogspot.com

Monday, July 3, 2017

Bengkel Usrah Terbaik! (BEST!) di SMKA Wataniah, Machang Kelantan



Alhamdulillah selesai menjayakan Bengkel Usrah Terbaik! (BEST!) di SMKA Wataniah, Machang, Kelantan pada 29 April 2017.

Program selama sehari terasa begitu sekejap, apatah lagi dengan respon yang begitu memberangsangkan dari para nuqaba ini. Mereka seronok dan gembira belajar, berkongsi pandangan dan mempraktikkan kemahiran yang diperolehi. Terutamanya semasa melakukan simulasi usrah.

Terima kasih banyak-banyak kepada penasihat BADAR SMKA Wataniah. Mudah-mudahan membantu sedikit sebanyak di dalam menggencarkan kemeriahan usrah di sekolah.



#nikkamal
#itctraining
#quranicgroup
Itqan Partners Training & Consultancy (ITC)
Quranic Group - QG
www.quranicgroup.blogspot.com

Tuesday, April 25, 2017

Bengkel Usrah Terbaik! (BEST!) di MRSM Baling, Kedah

 Kemeriahan yang dirasai saat akhir program



 Naqib sedang menjalankan simulasi usrah



 Naqibah sedang melakukan simulasi usrah selepas kami berkongsi tip-tipnya



Dibantu oleh sahabat-sahabat mereka, mock usrah ini berjalan dengan begitu seronok

Saturday, March 11, 2017

Bengkel usrah Terbaik! (BEST!) di Kolej Profesional MARA Beranang, Selangor


Alhamdulillah, pada 25 Februari yang lepas, kami telah menjayakan modul Bengkel Usrah Terbaik (BEST!) di Kolej Profesional MARA Beranang, Selangor.

Seramai kira-kira 60 orang nuqaba yang terlibat. Rata-ratanya memberikan komitmen yang begitu mengujakan.

Turut terlibat ialah nuqaba dari MARA Japan Industrial Institute (MJII) yang terletak bersebelahan sahaja dari kolej tersebut.

Kami dapati, kupasan yang dibuat boleh mereka semasa perbincangan dalam slot 'Nuqaba Profesional' sangat menarik. Slot ini ialah di mana mereka akan diberikan beberapa situasi dalam realiti nuqaba hari ini untuk didiskusi dalam kumpulan yang dibahagikan.

Pembentangan dari setiap kumpulan mereka sungguh 'superb', menunjukkan minat dan kesungguhan mereka di dalam memperjuangkan usrah di tempat masing-masing.

Mudah-mudahan, ada rezeki untuk kita bertemu lagi!

Hubungi - 0134058718 sekiranya saudara-saudari di luar sana memerlukan bantuan khidmat latihan sebagaimana yang dilalui oleh sahabat-sahabat kita di atas. Kami teruja dan gembira sekiranya diberi peluang berkongsi dan belajar dari naqib/naqibah di tempat saudara-saudari.



p/s: Sekiranya saudara ingin posting setiap entri di dalam blog ini terus meluncur masuk ke dalam email saudara secara automatik sebaik sahaja blog ini diupdate, saudara dijemput untuk memasukkan email di dalam ruangan 'DAPATKAN MAKLUMAT TERKINI' di bahagian kanan blog ini. Sistem 'Feedburner' akan membantu memudahkan urusan penyampaian maklumat kepada saudara InsyaAllah. 

Tuesday, January 3, 2017

Puisi Ustaz Rahmat Abdullah Tentang Usrah



Bismillah. Sekian lama kita tidak bersua. Selamat tahun baru masihi 2017. Didoakan para pelawat blog ini sentiasa di dalam rahmat dan barakah Allah sentiasa.

Bagi membuka tirai tahun ini, kami tampilkan puisi daripada seorang ulama' gerakan Islam di Indonesia. Beliau ialah Ustaz Rahmat Abdullah, mantan Ketua Majlis Syura Partai Keadilan Sejahtera (PKS). Mutiara katanya penuh hikmah yang menarik perhatian untuk melihat sejauh mana kita serius di dalam menggerakkan usrah di tempat masing-masing.

Terimalah dari beliau,

Aku rindu zaman ketika usrah adalah kemestian, bukan sekedar sambilan apalagi hiburan …

Aku rindu zaman ketika membina anak-anak usrah adalah kewajiban bukan pilihan apalagi beban dan paksaan …

Aku rindu zaman ketika dauroh menjadi kebiasaan, bukan sekedar pelangkap pengisi program yang dipaksakan …

Aku rindu zaman ketika tsiqoh menjadi kekuatan, bukan keraguan apalagi kecurigaan …

Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan, bukan tuntutan, hujatan dan sampingan….

Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan bukan su’udzon atau menjatuhkan…

Aku rindu zaman ketika kita semua memberikan segalanya untuk da’wah ini …

Aku rindu zaman ketika nasyid ghuroba manjadi lagu kebangsaan…

Aku rindu zaman ketika hadir usrah adalah kerinduan dan terlambat adalah kelalaian …

Aku rindu zaman ketika malam gerimis pergi ke puncak mengisi dauroh dengan wang yang cukup-cukup dan peta yang tak jelas …

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah benar-benar berjalan kaki 2 jam di malam buta sepulang berda’wah di desa sebelah …

Aku rindu zaman ketika pergi usrah selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan dan qur’an terjemah ditambah sedikit hafalan …

Aku rindu zaman ketika anak usrah menangis karena tak bisa hadir di usrah…

Aku rindu zaman ketika tengah malam pintu diketuk untuk mendapat berita kumpul di subuh harinya …

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah berangkat usrah dengan wang belanja esok hari untuk keluarganya …

Aku rindu zaman ketika seorang murobbi sakit dan harus dirawat, anak-anak usrah mengumpulkan dana apa adanya …

Aku rindu zaman itu …

Ya Rabb …

Jangan Kau buang kenikmatan berda’wah dari hati-hati kami …

Ya Rabb …

Berikanlah kami keistiqomahan di jalan da’wah ini …

by : KH Rahmat Abdullah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...