Saturday, March 11, 2017

Bengkel usrah Terbaik! (BEST!) di Kolej Profesional MARA Beranang, Selangor


Alhamdulillah, pada 25 Februari yang lepas, kami telah menjayakan modul Bengkel Usrah Terbaik (BEST!) di Kolej Profesional MARA Beranang, Selangor.

Seramai kira-kira 60 orang nuqaba yang terlibat. Rata-ratanya memberikan komitmen yang begitu mengujakan.

Turut terlibat ialah nuqaba dari MARA Japan Industrial Institute (MJII) yang terletak bersebelahan sahaja dari kolej tersebut.

Kami dapati, kupasan yang dibuat boleh mereka semasa perbincangan dalam slot 'Nuqaba Profesional' sangat menarik. Slot ini ialah di mana mereka akan diberikan beberapa situasi dalam realiti nuqaba hari ini untuk didiskusi dalam kumpulan yang dibahagikan.

Pembentangan dari setiap kumpulan mereka sungguh 'superb', menunjukkan minat dan kesungguhan mereka di dalam memperjuangkan usrah di tempat masing-masing.

Mudah-mudahan, ada rezeki untuk kita bertemu lagi!

Hubungi - 0134058718 sekiranya saudara-saudari di luar sana memerlukan bantuan khidmat latihan sebagaimana yang dilalui oleh sahabat-sahabat kita di atas. Kami teruja dan gembira sekiranya diberi peluang berkongsi dan belajar dari naqib/naqibah di tempat saudara-saudari.



p/s: Sekiranya saudara ingin posting setiap entri di dalam blog ini terus meluncur masuk ke dalam email saudara secara automatik sebaik sahaja blog ini diupdate, saudara dijemput untuk memasukkan email di dalam ruangan 'DAPATKAN MAKLUMAT TERKINI' di bahagian kanan blog ini. Sistem 'Feedburner' akan membantu memudahkan urusan penyampaian maklumat kepada saudara InsyaAllah. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...