Sunday, November 27, 2011

Pengumuman Terbaru Silibus Usrah [QG 4(3), QG 5(1) & QG 5(2)]


Krew QG telah dimaklumkan oleh syarikat yang menguruskan percetakan QG 4(3), QG 5(1) & QG 5(2) bahawa tarikh siap cetak dan stok terbaru silibus usrah tersebut boleh diambil ialah pada 6 Disember 2011 iaitu pada hari Selasa minggu depan.

Oleh itu, kepada semua pelanggan QG yang ternanti-nantikan keluaran baru ini, anda semua sudah mula boleh membuat tempahan mulai sekarang. Untuk membuat tempahan, anda boleh menghubungi En Anwar - 0132850339 atau En Kamal - 0134058718.

Bagi pelanggan yang ingin memiliki silibus ini untuk dijadikan rujukan usrah untuk sekolah menengah, pihak kami mencadangkan QG 4(3) ini ialah untuk pelajar tingkatan 4 manakala QG 5(1) dan QG 5(2) ialah untuk pelajar tingkatan 5. Semoga dengan pembahagian mengikut marhalah (peringkat) ini akan memudahkan penerimaan mereka sekaligus memberikan kefahaman yang baik sebagaimana yang dikehendaki. Adapun untuk mad'u-mad'u (sasaran dakwah) di kampus, kami serahkan kepada anda untuk menyesuaikan silibus ini mengikut waqi' (suasana) masing-masing.

Di sini kami sertakan kandungan silibus QG 4(3) untuk rujukan para pelanggan yang dihormati. Adapun untuk QG 5(1) dan QG 5(2), InsyaAllah ianya akan dipostkan dalam blog ini untuk posting yang akan datang. Tunggu ya =)

Kandungan QG 4 (3)

Bab 1 : Fikrah
1. Manhaj Perjuangan Islam
2. Konsep Amal Jama'ie
3. Tadhiyah

Bab 2 : Sirah Nabawiyyah
1. Institusi Khilafah Islamiah
2. Perlantikan Khulafah Al-Rasyidin
3. Peristiwa Penting Zaman Khulafah Al-Rasyidin
4. Persengketaan Khalifah Ali Dengan Muawiyah
Bab 3 : Tafsir Al-Quran & Hadis Pilihan
1. Surah Al-Mu'minun ayat 1-11
2. Hadis - Bid'ah Dalam Urusan Agama
3. Hadis - Perkara Syubhah & Peranan Hati Manusia
4. Doa Menghapuskan Dosa

Sekian dari kami. Terima kasih.

Monday, November 14, 2011

Silibus Usrah Yang Berkesan Pemangkin Generasi Pencinta Islam


Silibus Usrah Yang Berkesan Pemangkin Generasi Pencinta Islam

Saya ingin berkongsi dengan teman-teman sedikit huraian di dalam silibus usrah Quranic Group (QG) 4(3) ini iaitu yang berkaitan permasalahan yang berlaku dalam sejarah awal selepas kewafatan Nabi SAW pada 1400 tahun yang lalu yang mana berlaku bibit-bibit perpecahan umat Islam dalam menentukan khalifah/pengganti Nabi SAW. Selepas kewafatan Nabi SAW ,  Abu Bakar RA berhadapan dengan sepakatnya kaum Khazraj dalam melantik Sa'ad bin Ubadah yang berlaku di Saqifah Bani Sa'idah yang akhirnya selesai dengan Abu Bakar dilantik menjadi khalifah selepas dicadangkan oleh Umar Al-Khattab. Permasalahan yang berlaku ini memberi sedikit sebanyak pengajaran kepada kita tentang bagaimana cara perlantikan pemimpin iaitu  adakah ia diberikan kepada mereka yang layak atau sebaliknya. Jelaslah di sini bahawa melantik pemimpin sewajibnya diberikan kepada mereka yang berhak sahaja dan sesiapa pun bebas memilih pemimpin mereka asalkan individu tersebut mempunyai kemampuan dalam memimpin.

Dalam era pemerintahan Khalifah Abu Bakar yang sangat getir berhadapan dengan golongan yang engkar kepada ajaran Islam, yakni enggan membayar zakat dan golongan yang mengaku nabi,  permasalahan demi permasalahan yang timbul ini telah berterusan sehingga memberi ruang kepada bibit-bibit kehancuran selepas berlaku pembunuhan terhadap khalifah seterusnya. Perpecahan umat Islam telah berlaku apabila dirakamkan di dalam sejarah tentang bagaimana terjadinya peperangan pertama yang melibatkan sahabat  Nabi SAW iaitu peperangan antara Khalifah Ali  dengan Siti Aisyah, Talhah, dan Zubeir Al-Awwam dalam menuntut pembelaan atas kematian khalifah Othman.

Silibus usrah QG 4(3) ini bagi saya InsyaAllah berupaya merungkai kekeliruan sesetengah orang Islam yang timbul persoalan di dalam benak fikiran mereka iaitu adakah para sahabat ini telah berpecah atau tidak berbaik-baik sesama Islam, sedangkan mereka yang terlibat adalah sahabat yang rapat dengan Nabi dan juga ada yang tergolong dalam kategori paling awal memeluk Islam. Saya ingin menyatakan di sini bahawa sebaiknya bagi kita adalah bersangka baik kepada sahabat Nabi SAW kerana mereka lebih tahu apa yang berlaku. Janganlah sesekali kita bersangka buruk atau membuat tanggapan negatif kepada sahabat baginda SAW. Nabi SAW sendiri ada berpesan dalam hadisnya seperti berikut:

" Sahabat-sahabatku umpama bintang di langit, barangsiapa mengikut salah satu di antara mereka, nescaya akan mendapat petunjuk"

Untuk pengetahuan sidang pembaca, Imam Hassan Al-Basri juga ada membuat ucapan istimewa untuk merungkai kekeliruan ini tatkala ada yang bertanya beliau tentang kisah peperangan tersebut. Kata-kata Imam Hassan Al-Basri ini ada dimuatkan dalam silibus usrah QG 4(3) ini.

Kami bersyukur dan berdoa semoga usaha yang sedikit ini mampu memberi gambaran yang jelas tentang permasalahan yang berlaku dan juga perkara yang asas tentang kesyumulan ajaran Islam. Kami berharap teman-teman di luar sana dapat terus memberi sokongan yang padu dalam memberi kesedaran dan juga sumbangan kepada Islam yang kita cintai ini. semoga usaha yang sedikit ini dinilai sebagai amal kebajikan dalam menaikkan Islam ke arah yang lebih tinggi.InsyaAllah.

Selamat membaca dan mengkaji sejarah Islam dalam silibus usrah ini dan semoga kita mengambil pengajaran daripadanya! =)



InsyaAllah silibus usrah iaitu QG 4 (3), QG 5(1) dan 5(2) ini akan terbit selewat-lewatnya awal disember 2011. 

Terima Kasih







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...