Tuesday, November 27, 2018

Bengkel Usrah Terbaik (BEST) di SMKA Segamat, Johor


 Modul 1 iaitu Bestnya Usrah telah dimanfaatkan kepada mereka iaitu nuqaba SMKA Segamat.

Fokus modul ini ialah set minda mereka bahawa tanggungjawab sebagai naqib/naqibah sangat mulia di sisi Allah SWT.

Diceritakan juga kepada mereka tentang sejarah, dalil dan bukti tentang hebatnya sistem sokongan hidup melalui tarbiah usrah ini.

In syaa Allah jika ada rezeki, modul 2 iaitu Bagaimana Menjadi Nuqaba Profesional dan modul 3 iaitu Teknik Mengendalikan Usrah Berkesan bakal menemui mereka tahun 2019 nanti.

Terima kasih banyak-banyak kepada penasihat BADAR SMKA Segamat Ustaz Hadi di atas jemputan ini.

Bagi mana-mana insitusi yang berminat untuk kami jayakan modul ini di tempatnya, mohon hubungi/whatsapp 0134058718. Jika tuan dan cikpuan ada mengenali sesiapa sahaja yang perlukan modul ini khususnya penasihat BADAR sekolah, mohon share info ini kepada mereka ya. Syukran jazilan.

 Interaksi 2 hala antara trainer dan peserta


Jelas, semangat dan teratur diutamakan di dalam perkongsian



 Keceriaan yang terpapar di wajah mereka dengan aktiviti yang dilakukan


 Sesi pembentangan aktiviti untuk memberi peluang kepada peserta meluahkan apa yang difahami


 Pembinaan ukhuwah


Sokong-menyokong antara satu sama lain

Wednesday, August 1, 2018

Bengkel Usrah Terbaik (BEST) di SMKA Pahang


 "Jika kita sambung lagi, nak lagi tak?"

"Nakkkk!!"

Itu soalan dari ustazah penasihat BADAR SMKA Pahang dan dijawab oleh naqib/naqibah ini. Kami amat gembira tapi sedikit risau dengan jawapan tersebut. Huhu.

Modul Bengkel Usrah Terbaik (BEST) ini ialah ramuan perencah yang kami gaulkan hasil dari pengalaman sebagai naqib sewaktu di sekolah, kampus dan menadah ilmu dari murabbi.


Kemudian diperkemaskan lagi dengan ilmu yang dicedok dari pembelajaran dalam siri-siri program yang dianjurkan oleh Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) dan Profesional Learning Facilitator (PLF).


 Alhamdulillah setakat ini telah hampir 20 buah institusi yang punya agenda usrah remaja merasai modul ini. Ia merangkumi SMKA, MRSM, Maahad Tahfiz, SMUA dan SBP.


Mimpi kami ialah semua institusi tersebut, khususnya SMKA di seluruh Malaysia akan berpeluang untuk kami jayakan modul ini kepada mereka. Setiap kali mengimaginasi mimpi itu, jantung kami akan berdegup kencang. Entah kenapa. Huhu.
.
Oh ya, modul ini pelengkapnya ialah dengan institusi tersebut juga mendapatkan buku silibus usrah Quranic Group - QG. In syaa Allah mudah-mudahan ia sebagai nilai tambah terbaik.
.
Sudah tentu kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi memastikan mimpi ini menjadi realiti.
.
Ada yang sudi? 

Boleh call/whatsapp no telefon ini - 0134058718 (Nik Kamal)


Monday, April 9, 2018

Bengkel Usrah Terbaik (BEST) di Maahad Muhammadi Pasir Mas

 [Bengkel Usrah Terbaik - BEST] Alhamdulillah bersama nuqaba dari Maahad Muhammadi Pasir Mas.

Fokus yang dikehendaki di dalam slot bersama mereka ialah:

- Kemahiran komunikasi dalam usrah
- Bagaimana menjadi naqib/naqibah yang profesional

Kebetulan apa yang dikehendaki memang telah ada dalam susunan modul BEST ini. Alhamdulillah.


 Soalan-soalan yang diterima oleh para nuqaba ini. Memang power!


 View dari belakang



Ada tak penasihat badan dakwah, unit usrah atau jabatan nuqaba usrah sama ada sekolah atau IPT yang ingin mengetahui tentang modul BEST ini? Dan ingin jalinkan kerjasama dengan pihak kami?
Boleh call/whatsapp no telefon ini - 0134058718 (Nik Kamal)

Sunday, March 4, 2018

Kenangan Bengkel Usrah Terbaik (BEST) di MRSM Kuala Kangsar, Perak


Alhamdulillah, selepas mengembara ke Johor tempoh hari, destinasi seterusnya ialah di sini. 

Naqib/naqibahnya begitu energetik dan punya minat yang kuat untuk melaksanakan usrah sehabis baik. Terasa lega sebaik menatap kegembiraan mereka memegang sijil penghargaan dipilih sebagai naqib/naqibah tersebut. Seharian berprogram bersama mereka, seperti tidak terasa masa berlalu.
.
Sempat juga memperkenalkan buku silibus usrah Quranic Group - QG. Mudah-mudahan ada manfaat buat mereka.



 Aktiviti Ice Breaking versi Nuqaba Usrah


 Belajar teknik kemahiran komunikasi berkesan


Sunday, February 4, 2018

Kenangan Bengkel Usrah Terbaik (BEST) di Madrasah Tahfiz Az-Zahra, Johor


Bismillah. Alhamdulillah selesai!

Inilah warna-warni perjalanan program Bengkel Usrah Terbaik kendalian Itqan Partners Training & Consultancy (ITC) untuk naqib/naqibah usrah Madrasah Tahfiz Az-Zahra, Johor. Buku silibus usrah Quranic Group - QG turut digunakan semasa simulasi usrah yang dilakukan dan akan menjadi teks rasmi usrah mereka. In syaa Allah merekalah generasi pertama yang akan memulakan rantaian tarbiah melalui sistem usrah ini di situ. Oh ya, program ini selama sehari iaitu pada 24 Januari 2018.

Berikut dikongsikan gambar kenangan program

 Simulasi pengendalian usrah


 Sesi berkenalan bersama trainer


 Aktiviti menyampaikan mesej positif


 Menerima cenderahati daripada pihak penganjur


 Mencatat nota penting


 Sesi latihan dalam kumpulan


 Proses memilih pemimpin


 Sesuatu yang menarik sedang mereka perhatikan


 Peserta sentiasa dibimbing dan diberi tunjuk ajar


 Penggunaan buku modul untuk memberi kesan lebih hebat kepada peserta


 Peserta sentiasa diasah bakat kenaqiban mereka


Sesi pembentangan idea


Semangat yang terpancar di wajah anak-anak tahfiz ini begitu mengagumkan. Doakan mereka kuat memacu wasilah perjuangan Rasulullah SAW ini.

Tuesday, January 16, 2018

Cerita tentang tempahan buku silibus usrah Quranic Group & Bengkel Usrah Terbaik (BEST) 2018


2 kotak buku silibus usrah Quranic Group (QG) telah disiapkan untuk memenuhi tempahan 2 buah sekolah di Selangor dan Kelantan. Untuk memenuhi usrah tahun 2018 mereka.

Ada yang mahu menempah juga? Call/whatsapp kami di 0134058718, email di quranicgroups@gmail.com atau layari  www.quranicgroup.blogspot.com.


Alhamdulillah poskad yang telah kami hantar telah sampai. Insya Allah kami akan berkongsi tentang Bengkel Usrah Terbaik (BEST) kepada nuqaba di institusi dalam gambar tersebut (klik gambar untuk view yang lebih besar) pada bulan 2 nanti.

Sunday, January 7, 2018

Poskad Terbaru Bengkel Usrah Terbaik (BEST)



Alhamdulillah poskad ini telah dihantar ke sekolah-sekolah terpilih di seluruh Malaysia. In syaa Allah kami sedia menerima jemputan untuk menjayakan program dengan mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...