Tuesday, November 27, 2018

Bengkel Usrah Terbaik (BEST) di SMKA Segamat, Johor


 Modul 1 iaitu Bestnya Usrah telah dimanfaatkan kepada mereka iaitu nuqaba SMKA Segamat.

Fokus modul ini ialah set minda mereka bahawa tanggungjawab sebagai naqib/naqibah sangat mulia di sisi Allah SWT.

Diceritakan juga kepada mereka tentang sejarah, dalil dan bukti tentang hebatnya sistem sokongan hidup melalui tarbiah usrah ini.

In syaa Allah jika ada rezeki, modul 2 iaitu Bagaimana Menjadi Nuqaba Profesional dan modul 3 iaitu Teknik Mengendalikan Usrah Berkesan bakal menemui mereka tahun 2019 nanti.

Terima kasih banyak-banyak kepada penasihat BADAR SMKA Segamat Ustaz Hadi di atas jemputan ini.

Bagi mana-mana insitusi yang berminat untuk kami jayakan modul ini di tempatnya, mohon hubungi/whatsapp 0134058718. Jika tuan dan cikpuan ada mengenali sesiapa sahaja yang perlukan modul ini khususnya penasihat BADAR sekolah, mohon share info ini kepada mereka ya. Syukran jazilan.

 Interaksi 2 hala antara trainer dan peserta


Jelas, semangat dan teratur diutamakan di dalam perkongsian



 Keceriaan yang terpapar di wajah mereka dengan aktiviti yang dilakukan


 Sesi pembentangan aktiviti untuk memberi peluang kepada peserta meluahkan apa yang difahami


 Pembinaan ukhuwah


Sokong-menyokong antara satu sama lain

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...