Monday, June 11, 2012

#1 Modul Usrah - Taaruf Berantai & Poison Box

InsyaAllah, kami sedang merancang untuk melengkapkan lagi pengisian buku QG dengan aktiviti-aktiviti bermodul yang menarik untuk memudahkan naqib/ah menyampaikan kefahaman setiap tajuk di dalam buku ini.

Selain daripada memfokuskan kepada aktiviti untuk tajuk-tajuk di dalam QG, kami juga akan selitkan bersama aktiviti-aktiviti tambahan yang berkaitan, guna untuk memastikan kumpulan usrah kita lebih efektif dan 'hidup', jauh sekali dari terasa bosan dan menyebabkan ahli usrah tertunggu-tunggu bilakah akan diadakan usrah yang seterusnya :)

Ini antara contoh aktiviti yang sedang dirancang:


Modul Ta'ruf - Ta’aruf Berantai

Bahan : Tiada

Perlaksanaan:
 
      1. Naqib/ah dan ahli usrah duduk dalam halaqah (bulatan)  
      2. Bermula dari kanan naqib/ah, ahli usrah pertama diminta ta’aruf secara ringkas tentang dirinya.
      3. Giliran ta’aruf seterusnya ialah ahli usrah yang berada di sebelah yang pertama tadi, tetapi beliau mesti   menceritakan balik tentang diri ahli usrah yang pertama dulu, sebelum memperkenalkan dirinya.
      4. Giliran ta’aruf seterusnya ialah ahli usrah yang berada di sebelah yang kedua tadi, tetapi beliau mesti menceritakan balik perihal ahli usrah yang pertama dan kedua.
      5. Jika ada yang lupa, dibolehkan untuk bertanya ahli usrah tersebut.
      6. Begitulah seterusnya sehinggalah kembali kepada naqib/ah. Jika naqib/ah boleh ulang semua perihal setiap ahli usrahnya, ia akan menambahkan value dirinya semasa first impression ini ^ ^


Modul Ta'aruf - Poison Box

Bahan : Kotak yang mempunyai lipatan kertas-kertas soalan tentang diri 

Perlaksanaan:

      1. Naqib/naqibah memasukkan lipatan kertas-kertas yang berisi dengan soalan-soalan tentang diri seperti minuman kegemaran, tokoh yang dikagumi, lagu yang disukai, sifat yang dibenci dan lain-lain yang difikirkan sesuai ke dalam kotak.
      2. Ahli usrah diminta mengambil lipatan kertas tersebut dan menjawabnya. Naqib/naqibah boleh minta ahli usrahnya ulas sikit terhadap jawapan tersebut seperti kenapa, bagaimana dan lain-lain.
      3. Untuk menambahkan keceriaan, naqib/naqibah boleh mainkan muzik/lagu yang ada di dalam handphone/perakam dan ahli usrah dikehendaki passing  kotak tersebut kepada ahli-ahli usrah yang lain sehinggalah muzik/lagu dihentikan. Yang terakhir memegang kotak tersebut dikehendaki mengambil kertas dan menjawabnya. (Seperti konsep permainan ‘Rebut Kerusi’)

Itulah antara contoh modul yang akan disiapkan untuk menjadi bahan interaktif naqib/ah di dalam mengendalikan usrah dan ianya masih banyak lagi. InsyaAllah akan disediakan di dalam bentuk CD dan akan dipakejkan sekali dengan buku QG ini.

Semoga usaha kita semua mendapat berkat dan redha Allah SWT ! :)

Wednesday, June 6, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...