Tuesday, February 14, 2012

Quranic Group : Cetakan Seterusnya

Bismillah, salam ukhuwwah buat semua sahabat dan pembaca setia buku Quranic Group ini. Semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat Allah.

Untuk pengetahuan semua, Quranic Group 2 bahagian 1 dan Quranic Group 3 bahagian 1 sudah kehabisan stoknya. Hal ini ekoran tempahan yang tidak putus-putus dan berskala besar pula dari teman-teman yang akan memulakan usrah di sekolah dan kampus di tempat masing-masing.


Oleh itu, krew QG sudah menghantar QG siri tersebut untuk cetakan seterusnya. Ianya memerlukan masa selama lebih kurang 2 minggu untuk siap sepenuhnya. Diharapkan kepada semua sahabat dapat bersabar. Sebaik sahaja ianya siap, krew QG akan terus menghubungi semua yang telah menempahnya.

Tidak lupa juga kepada teman-teman yang sudah memperolehi bukunya, tetapi belum menjelaskan bayarannya, supaya dapatlah menjelaskannya sesegera mungkin ya :)

 Antara stok QG yang ditempah oleh sahabat dari Kelantan, Johor dan Selangor dari pelbagai sekolah dan institusi pendidikan

Terima kasih atas sokongan semua. Semoga urusan dan kerja buat ini mendapat keberkatan Allah dan menjadi saham besar untuk kita semua di akhirat nanti InsyaAllah. 

Thursday, February 9, 2012

Quranic Group 5 Bahagian 2


Bismillah, terima kasih kepada semua sahabat kerana sudi melayari blog ini. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada anda khususnya di dalam memahami Islam mengikut acuan yang sebenarnya.

Di dalam post yang lepas, kami telah memaklumkan kepada anda kandungan buku QG 5 bahagian 1. Untuk posting kali ini, kami tampilkan kepada anda kandungan buku QG 5 bahagian 2 pula. Semoga ianya dapat membantu anda mengenali manual tarbiah ini dengan lebih dekat InsyaAllah.

Kandungan QG 5 (2)


Bab 1 : Fikrah
1. Penerusan Dakwah & Jihad Dalam Masyarakat
2. Perjuangan Islam
3. Faktor Penentu Kemenangan
Bab 2 : Sirah Nabawiyyah
1. Kejatuhan Khalifah Islam Terakhir (Kerajaan Turki Uthmaniah)
2. Perang Salib
3. Faktor Kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniah
4. Kebangkitan Islam Selepas Kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniah
5. Ikhwanul Muslimin : Perintis Gelombang Kebangkitan Islam Abad Moden
Bab 3 : Tafsir Al-Quran dan Hadis Pilihan
1. Surah As-Saff (Ayat 10-14)
2. Hadis - Kewajipan Pemimpin & Akhir Zaman

Semoga silibus usrah ini akan mampu memacu pembentukan individu muslim ke arah kecemerlangan di dunia dan akhirat.

Untuk tempahan, sila hubungi no yang tertera di blog ini. Terima kasih ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...