Tuesday, February 14, 2012

Quranic Group : Cetakan Seterusnya

Bismillah, salam ukhuwwah buat semua sahabat dan pembaca setia buku Quranic Group ini. Semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat Allah.

Untuk pengetahuan semua, Quranic Group 2 bahagian 1 dan Quranic Group 3 bahagian 1 sudah kehabisan stoknya. Hal ini ekoran tempahan yang tidak putus-putus dan berskala besar pula dari teman-teman yang akan memulakan usrah di sekolah dan kampus di tempat masing-masing.


Oleh itu, krew QG sudah menghantar QG siri tersebut untuk cetakan seterusnya. Ianya memerlukan masa selama lebih kurang 2 minggu untuk siap sepenuhnya. Diharapkan kepada semua sahabat dapat bersabar. Sebaik sahaja ianya siap, krew QG akan terus menghubungi semua yang telah menempahnya.

Tidak lupa juga kepada teman-teman yang sudah memperolehi bukunya, tetapi belum menjelaskan bayarannya, supaya dapatlah menjelaskannya sesegera mungkin ya :)

 Antara stok QG yang ditempah oleh sahabat dari Kelantan, Johor dan Selangor dari pelbagai sekolah dan institusi pendidikan

Terima kasih atas sokongan semua. Semoga urusan dan kerja buat ini mendapat keberkatan Allah dan menjadi saham besar untuk kita semua di akhirat nanti InsyaAllah. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...