Saturday, November 14, 2015

2 Contoh Penyampaian UAI Yang Membuatkan Mata Mad'unya Terbeliak



Contoh 1

Mad'u - Ustaz, apa hukum kita mengambil wudhu' dalam keadaan bertelanjang ya?

UAI - Haram!

Terkejut. Terbeliak mata sekejap. Rasa berdosa mula menyelubungi diri. Rupa-rupanya selama ini apa yang telah diamalkan salah. 

Namun, rasa tak puas hati mendesak-desak untuk memohon pengesahan.

Mad'u - Betul ke ustaz?

UAI - Ya, jika kamu ambil wudhu' begitu di tepi kolah masjid!

Mad'u - Astaghfirullah. Ustaz ni, ada-ada sahaja. Phew.

Contoh 2

Mad'u - Ustaz, ambo ni mat rempit. Beraso nok tanyo 1 bendolah ustaz. Buleh ko?

UAI - Buleh. Nok tanyo gapo?

Mad'u - Ambo nok bawok gewe ambo naik motor skali gi merempit. Buleh ko?

UAI - Buleh!

Terkejut. Terbeliak mata. Tidak pernah dalam hayatnya ada ustaz yang menjawab begitu. Selalunya soalan ini akan dijawab haram sahaja oleh ustaz yang ditemuinya.

Belum puas hati. Rasa mahu dapatkan kepastian.

Mad'u - Yoko ni ustaz?

UAI - Ho lah. Tapi ada 1 syarat.

Mad'u - Gapo tu ustaz? (Tak sabar untuk mengetahuinya. Mahu sahaja dibuat terus lepas ini.

UAI - Syaratnya mung kena letak abah gewe mung tu duduk tengoh!

Mad'u - Haha. Adeh. Kena ambo kali ni...

***

2 situasi di atas ialah contoh bagaimana cara UAI menawan hati para mad'unya. Kesannya sebagaimana yang kita maklumi jumlah audien yang hadir ke ceramahnya tidak pernah mengecewakan. Jangan terkejut bahawa mat rempit dalam situasi yang ke 2 tadi rasa penuh keterujaan untuk ikuti lagi siri-siri kuliah UAI yang seterusnya.

Bagi para nuqaba' dalam usrah, skil penyampaian seperti itu juga sangat berguna untuk kita 'ikat hati' mad'u masing-masing supaya mereka berminat untuk ikut usrah kita yang seterusnya.

Iaitu dengan memasukkan elemen 'wow' iaitu beri sedikit kejutan yang mendebarkan atau membahagiakan. Lantas senang untuk kita deliver mesej tarbiah kepada mereka.

Mahu tahu lagi tentang contoh-contoh elemen 'wow' ini? Klik like fb ini - Quranic Group (QG) atau nantikan posting seterusnya blog ini pada masa akan datang In Syaa Allah.

Wallahualam.

Saturday, June 20, 2015

Aku Tanya Apa Khabar


Bismillah . Walhamdulillah. 

Sedikit perkongsian yang tidak seberapa. Antara perkara yang saya cuba buat ketika bersama/bertemu mad'u dalam usrah, tamrin serta program-program jemaah yg lain ialah dengan cuba mendekati mad'u usrah dengan bertanya hal-hal semasa . 
Contohnya bertanya soal pelajaran dia, hal-hal keluarga , batch dan lain-lain . Bagi saya, suasana 'bertanya' ini sudah dilazimi kita sebenarnya ketika mereka masih dalam halaqah usrah semasa awal-awal perkenalan dahulu
Pada kesempatan yang ada apabila bertemu mereka dalam usrah, tamrin , dan lain-lain hendaklah digunakan sebaiknya untuk bertanya khabar dan sebagainya. Oleh kerana kadangkala kita 'sibuk' , 'disibukkan' , serta 'lupa' untuk bertanya tentang mad'u yang dulunya pernah berusrah bersama kita.
Oleh itu, perkara yang perlu diambil perhatian bersama oleh kita sebagai naqib/naqibah ialah: 

1. Jadikan pertemuan dalam usrah , tamrin , dan program² lain sebagai medan untuk kita bertanya tentang mad'u kita.
2. Apa yang kita cuba amalkan ini InsyaAllah akan mereka juga amalkan bersama mad'u mereka nanti dan hari-hari yg mendatang.
3. Semoga dengan bertanya ini menjadi satu wasilah untuk kita lebih rapat dan mendalami peribadi mad'u kita.

By Saya Wan, UNISZA :)

Monday, March 2, 2015

3 Tips Kendali Ahli Usrah Pasif


Bismillah. SAW.
Baru-baru ini kami ditanya oleh seorang peserta bengkel 'self development' untuk nuqaba'.
Soalannya ialah bagaimana menangani ahli usrah yang asyik cakap "tak tahu" sahaja di dalam majlis usrah? Walau ditanya dengan soalan yang senang, masih macam itu. Jika di luar usrah pula, mereka pasif sahaja. Layan seperti tidak mahu layan.

Lalu dikongsikan 2 tips secara spontan:

1 - Beri penghargaan di atas komitmen mereka hadir usrah. Sebutkan rasa gembira dan teruja kita dengan kesanggupan mereka meluangkan masa. Ahli usrah yang bersikap sedemikian boleh jadi dalam mood tidak baik. Mudah-mudahan penghargaan tersebut memberikan 'first impression' yang bagus kepada mereka sebelum majlis bermula.

2 - Buat aktiviti bermodul. Kita perlu pelbagaikan pendekatan dari sekadar bercakap sahaja. Boleh jadi beliau ialah jenis kanistetik orangnya.

Itu 2 tips semasa di dalam majlis usrah. Bagaimana pula di luar majlis usrah? Apa kata kita cuba tip ini.

Ziarah ke rumah mereka. Itu ialah antara tip paling berkesan untuk kita 'masuk' di dalam kehidupan mad'u secara menyeluruh. Di sana kita akan menemui bagaimana sebenar mereka meniti kehidupan ini.
Melalui itu, kita akan tahu apabila melihat kemesraan keluarganya, suasana rumahnya, makanan yang disediakan, akhlak dan adab yang ditunjukkan, bahan bacaan yang ada, topik perbualan yang dibincangkan dan lain-lain.
Lalu membantu kita untuk memikirkan pendekatan sepatutnya yang dilakukan terhadap mad'u tersebut.
Juga jangan lupa berusaha memperkenalkan diri kita dan mengenali mereka khususnya kedua ibu bapa mad'u tersebut. Di situ letaknya rahsia In Syaa Allah kepercayaan keluarga mereka terhadap kita.
Lantas memudahkan kita untuk membawa mad'u tersebut nanti di dalam medan perjuangan. Bahkan tidak mustahil dengan keluarganya sekali sekiranya diizinkan Allah.

***
Majlis usrah ialah majlis ilmu. Majlis ilmu ialah taman syurga di dunia. Bagaimana ciri-ciri taman syurga yang kita rasa?
Sudah pasti kita rasakan di dalamnya terhimpun ketenangan, kegembiraan, keseronokan, kasih sayang dan bermacam-macam perkara yang menyukakan hati bukan?
Oleh itu, nuqaba' perlu memainkan peranan mewujudkan suasana seperti itu di dalam majlis usrah yang dikendalikannya!

Sunday, February 15, 2015

Perjalanan Menemui Almarhum Murabbi Agung TGNA


Bismillah, salam ukhuwwah buat semua sahabat dan pelawat setia blog Quranic Group ini. Mudah-mudahan bertambah-tambahlah kejayaan dan kebahagiaan kita semua di dunia dan akhirat.Entri blog QG kali ini ialah klip video ringkas berdurasi sekitar 2 minit yang sempat tim QG rakam ketika kami berjalan bersama-sama di dalam lautan manusia bergerak menuju ke Pulau Melaka.

Kami ke sana untuk menunaikan solat jenazah dan memberikan penghormatan terakhir kepada naqib dan murabbi agung di Malaysia ini iaitu Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketika ini, kami tidak berhajat untuk menulis sesuatu tentang almarhum tuan guru. Cukuplah video itu berbicara dan menjadi taujihat kepada kita semua untuk dicontohi dan diinsafi bila memikirkan bagaimana pula bentuk kematian kita.

Saudaraku yang dirahmati Allah lagi dikasihi nabi, dipersilakan menontonnya.



Sekiranya video di atas mempunyai kesukaran untuk saudara memainkannya, mohon klik link youtube ini yang In Syaa Allah dapat membantu - https://www.youtube.com/watch?v=yAJo2QnXsHw

Berehatlah tuan guru menemui Pencipta yang lebih menyayanginya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...