Wednesday, January 18, 2012

Perkembangan Terkini Quranic Group (QG)


Perkembangan Terkini Quranic Group (QG) Bismillah, kami baru sahaja selesai membuat promosi jualan Quranic Group di Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan selama 4 hari iaitu dari 15 hingga 18 Januari 2012 (Ahad - Rabu). Ianya bersempena Ekspo Ilmu & Pengguna yang dianjurkan di sana. Kami telah menempah satu booth dan syukur Alhamdulillah, sambutannya sangat menggalakkan.
Ini antara respon yang kami dapat dari beberapa orang pengunjung yang datang ke booth kami:

- Kebanyakan remaja memang suka buku yang kecil dan nipis macam ini. Walaupun nipis tapi kandungannya padat dan lengkap bergambar. Lagi pula kulitnya yang berwarna-warni memang sangat menarik perhatian.
*Encik Ahmadi (Kaunselor)

- Saya memang dah lama cari buku macam ni untuk dibuat sebagai silibus usrah di sekolah saya.
* Ustazah Nabilah (guru sekolah menengah)

- Pagi tadi saya datang beli QG 1 sahaja. Lepas baca, saya rasa nak tahu sambungan isinya yang lain macam mana. Sebab tu saya datang balik malam ni untuk beli 1 set.
* Nur Aisyah (pelajar)

Kami mendoakan semoga mereka yang telah membeli QG ini dapat memanfaatkan isinya dengan sebaik mungkin InsyaAllah =)

Dalam post yang lepas, kami telah memaklumkan kepada anda kandungan buku QG 4 bahagian 3. Untuk posting kali ini, kami tampilkan kepada anda kandungan buku QG 5 bahagian 1 pula. Semoga ianya membantu anda.

Kandungan QG 5 (1)



Bab 1 : Fikrah
1. Aqidah & Perjuangan 
2. Fiqh Amal Jama'ie
3. Fiqh Al-Awlawiyyat
4. Tarbiah Islamiah : Akhlak & Siasah, Ukhuwah & Jihad
5. Jihad

Bab 2 : Sirah Nabawiyyah (Pemerintahan & Pentadbiran Islam Selepas Pemerintahan Khulafa' Al-Rasyidin)
1. Pemerintahan Bani Umayyah
2. Pemerintahan Bani Abbasiyyah 
3. Pemerintahan Bani Uthmaniyyah

Bab 3 : Tafsir Al-Quran dan Hadis Pilihan
1. Surah As-Saff (Ayat 1-4)
2. Hadis - Ulama' & Umara'

Sekian dari kami untuk perkembangan terkini QG. Syukran  ^-^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...