Tuesday, June 24, 2008

Berkenalan bersama Penyususn

Penyusun Pertama

Mohd Rafie bin Yusof
Anak kelahiran Machang, Kelantan. Pendidikan rendah di Sek. Keb. Machang dari tahun 1980 - 1985. Kemudian ke Sek. Men. Kebangsaan (Agama) Wataniah, Machang sehingga tingkatan 3 (1986 - 1988) dan seterusnya menyambung pelajaran di Sek. Men. Keb. (Agama) Falahiah, Pasir Pekan, Tumpat sehingga peringkat STPM dari tahun 1989 - 1992. Seterusnya menyambung pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang Syariah (Undang-undang) dari tahun 1993 hingga tahun 1997.

Ketika di tingkatan 4 beliau telah menyertai usrah yang dipelopori oleh beberapa tenaga pengajar dan pelajar-pelajar tingkatan enam dengan menggunakan teks "Matan Al-Arbain". Seterusnya apabila diamanahkan sebagai pengerusi biro usrah dan masjid sekolah, beliau membuat proposal bagi mengadakan usrah untuk tingkatan satu dan dua kepada pihak sekolah dan kemudiaanya diterima dan seterusnya berjalan sehingga hari ini di sekolah tersebut (SMKA Falahiah). Belia bersama-sama sahabat yang lain juga telah menjemput pimpinan mahasiswa Pra-Akademi Islam Universiti Malaya Nilam Puri sebagai Naqib usrah untuk Nuqaba' sekolah.

Selama berada di Universiti Malaya belia merupakan aktivis PMIUM, pernah memegang jawatan EXCO PMKUM bagi sessi 1993/94, Pengerusi Jawatankuasa Pengembangan Kerohanian dan Adab Sopan Kolej Kediaman Kinabalu sessi 1994/1995, Timbalan Presiden PMKUM 1994/1995 & 1995/1996 serta Pengerusi MSK cawangan UM sessi 1995/1996 & 1996/1997 dan beberapa jawatan pengarah program.

Memulakan tugas di Pejabat Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan pada September 1997 hi sehingga September 2002 sebagai Pembantu Latihan. Semasa bertugas di situ beliau telah diamanahkan untuk melatih seluruh penghulu dan unit dakwah & halaqat negeri Kelantan dalam kursus "Kum Fa Anzir".

Sekarang beliau bertugas sebagai Penolong Pengarah (Pembangunan Belia) di Pejabat Urusetia Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang bertanggungjawab untuk mengadakan pelbagai aktiviti dan program yang disasarkan kepada belia dan beliawanis seluruh negeri Kelantan.

Dengan semua pengalaman samada dari dibangku sekolah, kemudiannya di peringkat kampus dan akhirnya ketika memasuki alam pekerjaan telah mengilhamkan beliau untuk menulis Quranic Group ini dalam bentuk buku untuk menjadi rujukan dan bacaan bukan sahaja untuk peringkat sekolah, malahan untuk peringkat kampus dan malahan ianya juga amat sesuai untuk semua peingkat usia.


Penyusun Kedua


Beliau adalah Mohd Norhusairi Mat Hussin. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah Undang-undang Universiti Malaya. Pernah Berkhidmat sebagai seorang peguam syarie di Firdaus & Partners Kota Bharu. Sekarang sedang menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah dalam bidang syariah undang-undang di Universiti Malaya dan berkhidmat sebagai tutor di universiti yang sama.

Beliau pernah dianugerahkan sebagai pelajar terbaik STPM Kelantan 2002. Dan pernah memperolehi beberapa anugerah lain pada tahun berikutnya. Antara anugerah yang diperolehi beliau ialah Anugerah Tokoh Maal Hijrah (Kementerian Pendidikan Malaysia) 2003, Anugerah Kecemerlangan SHELL Malaysia 2003, Anugerah Khas Pelajar Cemerlang Negeri 2003, Anugerah Pemuda UMNO Machang 2003.

Di samping itu beliau turut aktif dalam bidang kegiatan pelajar khususnya dari aspek kepimpinan dan kerohanian. Antara pengalaman kepimpinan beliau ialah sebagai Presiden Badan Dakwah dan Rohani SMKAF 2000,Pengerusi Jawatankuasa Kenegeraan, Patriotisme dan Kerohanian 2004-2005, Ahli Jawatankuasa Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya 2004-2005, Ketua Divisi Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya 2005-2006,Ahli Jawatankuasa Jabatan Pembangunan Remaja Negeri Kelantan 2008.


Monday, June 16, 2008

Istimewa Quranic Group (QG)

Keistimewaan Quranic Group(QG) adalah ia adalah satu usaha penelitian 10 orang anak muda yang aktif bersama gerakan dakwah untuk meremajakan pendekatan Quranic Group (QG) yang telah diguna pakai sebagai silibus usrah selama ini. Penggunaan tulisan yang berwarna dan diselit dengan penggunaan kartun-kartun serta gambarajah yang sesuai adalah antara inisiatif mereka merangsangkan keinginan generasi muda kepada usrah.

Sesungguhnya kesedaran mereka terhadap peri penting kelangsungan usrah sebagai tunjang kepada tarbiah. Kesedaran yang meyakini tanpa tarbiah sebuah gerakan dakwah sebenarnya menempah kegagalan dalam mencapai objektif dan hala tuju perjuangan. Usaha yang dicetus oleh golongan muda seperti ini sewajarnya dilihat sebagai petanda-petanda fajar Islam semakin ceria sinarnya.


Di samping itu juga , kewujudan kuiz-kuiz kecil sepanjang pembacaan Quranic Group (QG) adalah untuk membantu para naqib menguji kefahaman ahli usrah masing-masing. Penggunaan ayat-ayat mudah dan boleh difahami dengan melihat secara sepintas lalu adalah keistimewaan penting pada khazanah ilmu ini. Adalah sesuatu kerugian bagi mereka yang tidak menyediakan sedikit waktu untuk menilai keberkesanan Quranic Group(QG) yang telah terbukti kejayaannya.

SELAMAT MEMBACA

Sunday, June 15, 2008

Ulasan Penyusun

Quranic Group merupakan satu siri kefahaman untuk mendalami asas-asas ajaran Islam. Quranic Group yang diterbitkan sebanyak 11 siri disusun dan disesuaikan untuk semua golongan pembaca bertujuan untuk memberi gambaran dan pendedahan berkaitan dengan asas-asas ajaran Islam yang suci. Penyusunan Quranic Group ini merangkumi perkara asas fardhu Ain, Ibadah, Fikrah, Sirah, Tajwid, Kefahaman ayat-ayat al-Quran dan Hadis dapat membantu pembaca memahami Islam secara lebih mudah dan praktikal.

Kandungan buku ini juga dapat menggambarkan kesyumulan ajaran Islam yang telah di sampaikan oleh baginda RasuluLLAH SAW. Kupasan yang mencakupi perkara asas dalam Islam iaitu perkara Asas Fardhu Ain Sehinggalah kepada tanggung jawab sebagai Khalifah ALLAH dapat memberi input baru kepada semua pembaca. Perincian berkaitan dengan peristiwa-peristiwa penting khususnya di dalam sirah memberi gambaran bahawa Islam itu tersebar dengan pengorbanan dan air mata generasi terdahulu yang sepatutnya dihargai oleh generasi pada ini. Dengan penggunaan bahasa yang senang difahami, isi kandungan yang teratur serta huraian dan contoh yang sesuai mampu membawa pembaca untuk lebih memahami asas-asas ajaran Islam, seterusnya membantu pembaca untuk lebih mendalami ajaran Islam yang suci ini.

Penyusunan buku yang diambil daripada sebahagian khazanah keilmuan Islam yang diharapkan mampu membina ahli masyarakat yang muthaqqaf (intelek) serta dapat memahami seterusnya mengamalkan Islam secara keseluruhannya.

Sunday, June 1, 2008

QURANIC GROUP


Wajah belakang Quranic Group (QG) memaparkan


Wajah 11 siri buku ini
Ulasan mendalam penyusun berhubung penerbitan QG ini.
Itqan event Managment selaku syarikat penerbit
Dan no ISBN(International Standard Book Number) 978-967-5119-00-2
Ini bermakna QG mendapat pengesahan hak milik dari Perpustakaan Negara

QURANIC GROUP 1






KANDUNGAN QG 1(1) :

Bab 1 :- Pengenalan Usrah
Bab 2 :- Feqah
Bab 3 :- Akhlak
Bab 4 :- Sirah Nabawi
Bab 5 :- Petikan ayat Dan Hadis Pilihan
Bab 6 :- Doa Hafazan

KANDUNGAN QG 1(2)

Bab 1 :- Feqah
Bab 2 :- Akhlak
Bab 3 :- Sirah Nabawi
bab 4 :- Petikan ayat dan Hadis Pilihan
Bab 5 :- Doa Hafazan
Bab 6 :- Tajwid

Fokos QG 1 adalah kepada pelajar tingkatan satu yang dikategorikan sebagai marhalah Taarif 1 berdasarkan pemeringkatan tarbiah yang digagaskan oleh Imam Hasan Al-Banna.

Kandungannya adalah menumpukan kepada asas-asas kehidupan seorang muslim sejati.

QURANIC GROUP 2





KANDNGAN QG 2(1):

Bab 1 :- Aqidah
Bab 2 :- Feqah
Bab 3 :- Sirah nabawi
Bab 4 :- Petikan ayat dan Hadis Pilihan
bab 5 :- Tajwid


KANDUNGAN QG 2(2):

Bab 1 :- Tasawwuf
Bab 2 :- Akhlak
Bab 3 :- Sirah Nabawi
Bab 4 :- Petikan Ayat dan Hadis Pilihan
Bab 5 :- Tajwid

Fokos QG 2 kepada pelajar tingkatan dua yang dikategorikan sebagai marhalah Taarif 2 berdasarkan pemeringkatan tarbiah yang digagaskan oleh Imam Hasan Al-Banna.

Pelajar mula didedahkan perkara berhubung persoalan kepercayaan(aqidah) dan keikhlasan pengabdian diri kepada Rabbul Jalil.

QURANIC GROUP 3



KANDUNGAN 3 (1):

Bab 1 :- Fikrah
Bab 2 :- Sirah Nabawi
Bab 3 :- Petikan Ayat dan Hadis Pilihan

KANDUNGAN 3 (2):

Bab 1 :- Fikrah
Bab 2 :- Sirah Nabawi
Bab 3 :- Petikan Ayat dan Hadis Pilihan

Fokos QG 3 adalah kepada pelajar tingkatan tiga dikategorikan sebagai marhalah Taarif 3 berdasarkan pemeringkatan tarbiah yang digagaskan oleh Imam Hasan Al-Banna.

Pelajar akan mula dibekalkan jiwa mereka dengan fikrah perjuangan Islam. Dan inilah perbezaan utama satu manhaj tarbiah gerakan Islam dengan manhaj-manhaj yang lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...