Tuesday, June 24, 2008

Berkenalan bersama Penyususn

Penyusun Pertama

Mohd Rafie bin Yusof
Anak kelahiran Machang, Kelantan. Pendidikan rendah di Sek. Keb. Machang dari tahun 1980 - 1985. Kemudian ke Sek. Men. Kebangsaan (Agama) Wataniah, Machang sehingga tingkatan 3 (1986 - 1988) dan seterusnya menyambung pelajaran di Sek. Men. Keb. (Agama) Falahiah, Pasir Pekan, Tumpat sehingga peringkat STPM dari tahun 1989 - 1992. Seterusnya menyambung pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang Syariah (Undang-undang) dari tahun 1993 hingga tahun 1997.

Ketika di tingkatan 4 beliau telah menyertai usrah yang dipelopori oleh beberapa tenaga pengajar dan pelajar-pelajar tingkatan enam dengan menggunakan teks "Matan Al-Arbain". Seterusnya apabila diamanahkan sebagai pengerusi biro usrah dan masjid sekolah, beliau membuat proposal bagi mengadakan usrah untuk tingkatan satu dan dua kepada pihak sekolah dan kemudiaanya diterima dan seterusnya berjalan sehingga hari ini di sekolah tersebut (SMKA Falahiah). Belia bersama-sama sahabat yang lain juga telah menjemput pimpinan mahasiswa Pra-Akademi Islam Universiti Malaya Nilam Puri sebagai Naqib usrah untuk Nuqaba' sekolah.

Selama berada di Universiti Malaya belia merupakan aktivis PMIUM, pernah memegang jawatan EXCO PMKUM bagi sessi 1993/94, Pengerusi Jawatankuasa Pengembangan Kerohanian dan Adab Sopan Kolej Kediaman Kinabalu sessi 1994/1995, Timbalan Presiden PMKUM 1994/1995 & 1995/1996 serta Pengerusi MSK cawangan UM sessi 1995/1996 & 1996/1997 dan beberapa jawatan pengarah program.

Memulakan tugas di Pejabat Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan pada September 1997 hi sehingga September 2002 sebagai Pembantu Latihan. Semasa bertugas di situ beliau telah diamanahkan untuk melatih seluruh penghulu dan unit dakwah & halaqat negeri Kelantan dalam kursus "Kum Fa Anzir".

Sekarang beliau bertugas sebagai Penolong Pengarah (Pembangunan Belia) di Pejabat Urusetia Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang bertanggungjawab untuk mengadakan pelbagai aktiviti dan program yang disasarkan kepada belia dan beliawanis seluruh negeri Kelantan.

Dengan semua pengalaman samada dari dibangku sekolah, kemudiannya di peringkat kampus dan akhirnya ketika memasuki alam pekerjaan telah mengilhamkan beliau untuk menulis Quranic Group ini dalam bentuk buku untuk menjadi rujukan dan bacaan bukan sahaja untuk peringkat sekolah, malahan untuk peringkat kampus dan malahan ianya juga amat sesuai untuk semua peingkat usia.


Penyusun Kedua


Beliau adalah Mohd Norhusairi Mat Hussin. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah Undang-undang Universiti Malaya. Pernah Berkhidmat sebagai seorang peguam syarie di Firdaus & Partners Kota Bharu. Sekarang sedang menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah dalam bidang syariah undang-undang di Universiti Malaya dan berkhidmat sebagai tutor di universiti yang sama.

Beliau pernah dianugerahkan sebagai pelajar terbaik STPM Kelantan 2002. Dan pernah memperolehi beberapa anugerah lain pada tahun berikutnya. Antara anugerah yang diperolehi beliau ialah Anugerah Tokoh Maal Hijrah (Kementerian Pendidikan Malaysia) 2003, Anugerah Kecemerlangan SHELL Malaysia 2003, Anugerah Khas Pelajar Cemerlang Negeri 2003, Anugerah Pemuda UMNO Machang 2003.

Di samping itu beliau turut aktif dalam bidang kegiatan pelajar khususnya dari aspek kepimpinan dan kerohanian. Antara pengalaman kepimpinan beliau ialah sebagai Presiden Badan Dakwah dan Rohani SMKAF 2000,Pengerusi Jawatankuasa Kenegeraan, Patriotisme dan Kerohanian 2004-2005, Ahli Jawatankuasa Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya 2004-2005, Ketua Divisi Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya 2005-2006,Ahli Jawatankuasa Jabatan Pembangunan Remaja Negeri Kelantan 2008.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...