Monday, June 16, 2008

Istimewa Quranic Group (QG)

Keistimewaan Quranic Group(QG) adalah ia adalah satu usaha penelitian 10 orang anak muda yang aktif bersama gerakan dakwah untuk meremajakan pendekatan Quranic Group (QG) yang telah diguna pakai sebagai silibus usrah selama ini. Penggunaan tulisan yang berwarna dan diselit dengan penggunaan kartun-kartun serta gambarajah yang sesuai adalah antara inisiatif mereka merangsangkan keinginan generasi muda kepada usrah.

Sesungguhnya kesedaran mereka terhadap peri penting kelangsungan usrah sebagai tunjang kepada tarbiah. Kesedaran yang meyakini tanpa tarbiah sebuah gerakan dakwah sebenarnya menempah kegagalan dalam mencapai objektif dan hala tuju perjuangan. Usaha yang dicetus oleh golongan muda seperti ini sewajarnya dilihat sebagai petanda-petanda fajar Islam semakin ceria sinarnya.


Di samping itu juga , kewujudan kuiz-kuiz kecil sepanjang pembacaan Quranic Group (QG) adalah untuk membantu para naqib menguji kefahaman ahli usrah masing-masing. Penggunaan ayat-ayat mudah dan boleh difahami dengan melihat secara sepintas lalu adalah keistimewaan penting pada khazanah ilmu ini. Adalah sesuatu kerugian bagi mereka yang tidak menyediakan sedikit waktu untuk menilai keberkesanan Quranic Group(QG) yang telah terbukti kejayaannya.

SELAMAT MEMBACA

3 comments:

Anjung Hikmah said...

salam ziarah... pendekatan usrah yang mantap! moga berjaya menjadi wasilah alternatif ke arah sifar gejala keruntuhan akhlak di kalangan ummah! :)

Mashizaki Keikan said...

Satu pendekatan yang creative lagi mantap, tetapi kita harus sentiasa ingat bahawa elemen terpenting di dalam mentarbiyah adalah da'wah fardiyah.

Kejayaan seseorang dalam membentuk mad'unya bergantung kepada bagaimana hatinya hidup dengan hubungan dengan Allah, dan bagaimana dia dapat menyentuh hati mad'unya.

Selamat melakukan tugas-tugas yang murni...

annasru said...

Tahniah! teruskan usaha saudara dalam memperbaharui dan menyegarkan pendekatan dakwah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...