Wednesday, December 6, 2017

11 Kelebihan Ziarah-Menziarahi Sesama Ahli Usrah


Bismillah. Bagi menyempurnakan rukun usrah yang tiga itu iaitu taaruf, tafahum dan takaful, maka ziarah-menziarahi ke rumah naqib/naqibah dan sesama ahli usrah wajib diusahakan.

Kenapa? Kerana melalui ziarah-menziarahi, banyak maklumat dan manfaat yang kita tak dapat sebelum ini tentang ahli usrah kita, dapat diperolehi dengan mudah melalui aktiviti ini.

Antaranya seperti berikut:

1 ~ Tahu di manakah rumahnya
2 ~ Tahu bagaimana dia menjalani kehidupan seharian
3 ~ Tahu keadaan ekonomi keluarganya
4 ~ Tahu apakah fikrah dia dan keluarganya
5 ~ Tahu latar belakang dan susur galur keturunan keluarganya
6 ~ Tahu bagaimana kehadiran kita boleh memberi makna kepada dia dan keluarganya
7 ~ Hubungan persaudaraan antara kita dengan mereka menjadi semakin erat
8 ~ Dapat menanam kepercayaan kepada keluarga dia tentang kita (khususnya kita sebagai naqib/naqibah)
9 ~ Akan wujud faham-memahami yang lebih baik, sekaligus menghasilkan iklim suasana perhubungan sesama ahli usrah yang lebih harmoni
10 ~ Tahu bagaimana untuk menghubungi keluarganya, khususnya ibu dan ayah, dengan mendapatkan nombor telefon dan sebagainya.
11 ~ Marhalah takaful akan dapat dijayakan dengan lebih baik, setelah poin 1 hingga poin 10 di atas telah diperolehi


Penulis pernah berpengalaman melihat melalui aktiviti ini, ada naqib yang dilayan oleh keluarga ahli usrahnya dengan layanan yang begitu istimewa. Sehingga ada keluarga yang suka untuk menjadikan naqib itu seperti ahli keluarganya sendiri. Rumah boleh buat macam rumah sendiri. Kereta pun diberi untuk digunakan oleh naqib tersebut, macam keretanya sendiri.

Itu kesan ukhuwah yang terjadi, selepas melakukan aktiviti ziarah-menziarahi ini.

Sama-sama kita menjadikannya aktiviti wajib di dalam proses pentarbiahan melalui usrah. In syaa Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...