Wednesday, May 22, 2013

Sharing Is Caring

Bismillah, salam ukhuwwah buat semua sahabat dan pelawat setia blog Quranic Group ini. Mudah-mudahan bertambah-tambahlah kejayaan dan kebahagiaan kita semua di dunia dan akhirat.

 
Entri blog QG kali ini ialah sekadar memaparkan perkongsian-perkongsian dari blog ini yang telah diterbitkan oleh majalah Gen-Q terbitan Telaga Biru Sdn Bhd.

 Dari majalah Gen-Q isu 20


Dari majalah Gen-Q isu 21

Jangan lupa untuk mendapatkan majalah Gen-Q ini di kedai-kedai buku berdekatan saudara ya. Nantikan artikel seterusnya dari kami untuk keluaran yang seterusnya. Bagi saudara yang ingin mengikuti perkembangan majalah Gen-Q dengan lebih dekat, klik sahaja link ini - http://www.facebook.com/majalahGenQ?fref=ts dan terus berikan 'LIKE' kepadanya.  =)


Menurut buku Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna, pengasas Ikhwanul Muslimin tersebut ada memperuntukkan sedikit kewangan kepada anak-anaknya untuk membeli buku-buku bermanfaat yang kemudiannya dijadikan 'kutub khanah' (perpustakaan mini) di rumah mereka. Mesej yang boleh diperolehi di sini ialah beliau sebagai seorang bapa tentu sekali mahu anaknya dibesarkan di dalam suasana ilmu di rumah.

Oleh itu, khas buat para ibu bapa di luar sana, apa kata jadikan majalah ini sebagai pelaburan masa depan yang menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat kepada anak-anak remaja anda.

Insyaa Allah majalah ini mampu memberikan kunci kepada golongan remaja membuka pintu cahaya mahmudah dan menutup pintu kegelapan mazmumah.

Tim QG mendoakan semoga usaha-usaha baik ini diberkati dan mendapat kasih sayang Allah. Tim QG juga mengalu-alukan saudara yang ingin menjemput dan bekerjasama dengan kami di dalam   membuat kebaikan kepada masyarakat kita InsyaAllah.
p/s: Sekiranya saudara ingin posting setiap entri di dalam blog ini terus meluncur masuk ke dalam email saudara secara automatik sebaik sahaja blog ini diupdate, saudara dijemput untuk memasukkan email di dalam ruangan 'DAPATKAN MAKLUMAT TERKINI' di bahagian kanan blog ini. Sistem 'Feedburner' akan membantu memudahkan urusan penyampaian maklumat kepada saudara InsyaAllah.


Sekian, jazakallah khairan kathira.

^^ Mencari Hikmah Untuk Ummah ^^   

Monday, May 13, 2013

#3 Modul Usrah - Lautan Berapi


Bismillah, salam ukhuwwah buat semua sahabat dan pelawat setia blog Quranic Group ini. Mudah-mudahan bertambah-tambahlah kejayaan dan kebahagiaan kita semua di dunia dan akhirat.


Entri blog QG kali ini ialah: 

1. Artikel modul Lautan Berapi yang boleh digunakan oleh para nuqaba' untuk mencetuskan suasana ceria dan seronok dalam berusrah.
2. Perkembangan terkini tim dan silibus QG. 

Selamat membaca :)

Modul Lautan Berapi


Nama modul - Lautan Berapi

Objektif modul :
- Mengasah kekreatifan minda ahli usrah di dalam menyelesaikan masalah
- Mengeratkan silaturrahim sesama ahli usrah
- Menguji kekuatan ikatan persaudaraan sesama ahli usrah

Bahan : Kertas suratkhabar lama 

Perlaksanaan:
1. Sediakan kertas suratkhabar lama saiz sederhana mengikut bilangan ahli usrah. Sekiranya ahli usrah seramai 6 orang, sediakan sebanyak 6 helai.

2. Naqib/ah mengarahkan semua ahli usrah berdiri secara berhampiran antara satu sama lain. Kemudian naqib/ah memberikan sehelai kertas suratkhabar lama tersebut kepada setiap orang ahli usrah.

3. Seterusnya naqib/ah mengarahkan setiap orang ahli usrah meletakkan kertas suratkhabar lama tersebut di atas lantai dan mereka berdiri memijak di atas kertas suratkhabar lama itu masing-masing.

4. Sekarang ialah masanya untuk naqib/ah membayangkan kepada ahli usrah bahawa kertas suratkhabar lama tempat mereka berpijak itu seumpama batu daratan manakala selainnya ialah  lautan yang berapi. Mereka akan 'mati terbakar' jika terpijak kakinya di atas lautan berapi tersebut!

5. Step yang seterusnya ialah masa untuk menguji mereka iaitu naqib/ah menarik keluar satu-persatu kertas suratkhabar lama yang dipijak oleh mereka sehinggalah tinggal sehelai sahaja. Sebelum itu naqib/ah memaklumkan kepada mereka untuk bincang apa sahaja cara untuk menyelamatkan diri. (Nota : Tidak dibenarkan menggunakan benda lain selain bantuan sahabat seusrah yang turut menerima nasib yang sama itu sahaja)

6. Naqib/ah akhirnya cuma tinggalkan sehelai sahaja kertas suratkhabar lama tersebut yang dipijak oleh mereka semua. Biasanya modul ini akan menyebabkan mereka semua berusaha berpegangan tangan atau naik di atas bahu/tangan dan lain-lain semata-mata untuk memastikan kaki mereka tidak tersentuh lantai yang diumpamakan lautan berapi tersebut. Contohnya sebagaimana gambar di atas.

7. Naqib/ah juga boleh menguji keteguhan dan kekuatan kesatuan mereka dengan memberi masa selama 10 saat untuk mereka semua berdiri di atas sehelai kertas A4 tersebut. Sekiranya mereka berjaya, ia menunjukkan betapa kuat dan kukuhnya ikatan persaudaraan sesama mereka. :)

 

Sebagai kesimpulannya, para naqib/naqibah boleh mengambil petikan ayat Al-Quran di dalam Surah At-Taubah ayat ke 71. Ianya bermaksud:


"Dan orang yang beriman lelaki dan perempuan setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat kejahatan dan mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana."
  
Sekian sahaja perkongsian dari tim QG untuk saudara yang dikasihi Allah dan disayangi nabi. Mudah-mudahan ianya membantu saudara mengembangkan usrah dengan lebih kreatif dan berkesan InsyaAllah.

Perkembangan terkini tim dan silibus QG


Alhamdulillah buku QG telah menerima tempahan dari seorang pendidik di Johor. Beliau berhasrat mencuba silibus usrah ini untuk melihat keberkesanan di sekolahnya.

Tim QG mendoakan perjalanan usrah mereka berjalan lancar dan mempunyai nilai tambah dengan adanya buku ini InsyaAllah. Bagi saudara yang berminat, boleh terus rujuk button 'Tentang QG' di atas. Dan kepada yang ingin mengetahui senarai sahabat-sahabat yang pernah melanggan QG ini, boleh rujuk button 'Pelanggan Kami' juga di atas.

Sekiranya saudara ingin posting setiap entri di dalam blog ini terus meluncur masuk ke dalam email saudara secara automatik sebaik sahaja blog ini diupdate, saudara dijemput untuk memasukkan email di dalam ruangan 'DAPATKAN MAKLUMAT TERKINI' di bahagian kanan blog ini. Sistem 'Feedburner' akan membantu memudahkan urusan penyampaian maklumat kepada saudara InsyaAllah.

Tim QG mendoakan semoga usaha-usaha baik ini diberkati dan mendapat kasih sayang Allah. Tim QG juga mengalu-alukan saudara yang ingin menjemput dan bekerjasama dengan kami di dalam   membuat kebaikan kepada masyarakat kita InsyaAllah.

Sekian, jazakallah khairan kathira.

^^ Mencari Hikmah Untuk Ummah ^^   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...