Sunday, August 26, 2012

Usrah Akan Seronok Bila?


Bismillah, salam ukhuwwah buat semua sahabat dan pelawat setia blog Quranic Group ini. Semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat Allah.

Belum terlambat rasanya untuk krew QG ucapkan:

 Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

kepada saudara yang melayari blog ini. Didoakan banyak elemen positif yang dapat kita manfaatkan sepanjang menjalani tarbiah Ramadhan untuk kita bawa selepas bulan mubarak tersebut. Saudara yang dikasihi Allah pastinya sudah bersiap-siap untuk menjalani ibadah puasa enam di bulan Syawal kan? InsyaAllah ^^


Sebagai posting terbaru blog QG kali ini, kami ingin berkongsi dengan saudara iaitu: 

1. Artikel bertajuk 'Usrah Akan Seronok Bila?
2. Perkembangan terkini silibus usrah Quranic Group (QG)

Selamat membaca :)

Usrah Akan Seronok Bila?

1 - Bila ahli usrah dapat memahami Islam walau sekecil mana kefahaman itu. Maksud memahami di sini ialah yang boleh mereka praktikkan dalam hidup mereka. Ahli usrah biasanya akan teruja dan menghargai apa sahaja kefahaman Islam yang baru mereka perolehi, apa lagi jika ia disampaikan dalam bentuk yang kreatif.

2 - Bila dengan menghadiri usrah, mereka akan rasa lebih bersemangat untuk menempuhi cabaran di dalam kehidupan. Usrah diumpamakan mereka seolah-olah handphone charger yang mencas diri mereka yang telah kekurangan barnya. Segala kekusutan dan kesibukan mereka sebelum ini terasa dapat dikendalikan bila sahaja mereka menyertai usrah. Untuk merealisasikan situasi ini, mereka hendaklah diberi peluang berkongsi masalah, idea, rahsia dan dihidupkan suasana tolong-menolong antara satu sama lain.

3 - Bila berpeluang mendapatkan kenalan baru. Usrah juga medan terbaik untuk kita meluaskan jaringan persahabatan. Tidak semestinya penumpuan usrah hanya di dalam kumpulan kita sahaja, bahkan boleh sahaja sekali-sekala digabungkan kumpulan atau diadakan aktiviti permainan bersama kumpulan lain. Cara ini akan membuka kesempatan ahli usrah kita untuk menambahkan teman seperjuangan.

4 - Bila usrah divariasikan pendekatannya. Sebagai contoh sekali-sekala kita buat pendekatan usrah dalam bentuk aktiviti kemasyarakatan, libatkan ahli usrah dengan kerja-kerja amal, usrah maya seperti dalam media sosial contohnya Facebook atau Google Talk, ziarah ke rumah ahli usrah dan lain-lain. Dengan cara ini, ianya akan menjauhkan ahli usrah dari rasa bosan untuk mengikuti usrah, sekaligus menukar persepsi mereka bahawa usrah bukanlah kena duduk bersila dalam bulatan sahaja. 

Sekian sahaja perkongsian dari krew QG untuk saudara yang disayangi nabi. Mudah-mudahan ianya membantu saudara mengembangkan usrah dengan lebih berkesan. Jazakallah.


Perkembangan terkini silibus usrah Quranic Group (QG)

Krew QG telah menghantar pesanan 2 set buku QG kepada seorang bakal pendidik dari UPSI. Semalam pula seorang ustazah dari institusi pendidikan tempatan telah datang ke pejabat kami untuk mendapatkan sendiri set buku ini. Esok pula akan dihantar 6 set tambahan pesanan kepada sahabat dari Selangor, mungkin kerana berlaku pertambahan ahli usrahnya.

Saudara yang ingin mencuba buku ini, boleh klik button 'Cara Pesanan' di atas untuk membuat pesanan.

Sekian, terima kasih.


^^ ISLAM ITU INDAH ^^    

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...