Sunday, October 19, 2008

PERKONGSIAN SATU PERTANYAAN

AlhamduliLLAH selepas syawal baru-baru ini saya ada menerima satu email yang bertanya tentang QG ini. Dan saya berhasrat utuk berkongsi dengan semua..

Soalan
Salam ziarah salam lebaran.ble ana tau antara silibus yg disentuh dlm usrah remaja ni?bende yg basic selam ini dipelajari di sekolah2 or kampus2 o lain?

RESPON

Berhubung dengan penerbitan silibus QG

QG adalah satu susunan buku memahami asas-asas Islam.Dan ia merangkumi 5 siri bermula dari QG 1-5. Setiap peringkat siri QG disusun sesuai dengan tahap-tahap yang perlu dihadami. InsyaALLAH QG merangkumi ke semua aspek-aspek asas yang melayakkan kita sebagai seorang MUSLIM. Pada penghujung dari penggunaan QG apa yang kita harapkan ialah kesedaran untuk melihat kewajipan mengintimakan diri dalam jamaah Islam. Yakni dalam erti kata lain memahami Islam sebagai satu cara hidup bukan amalan ritual.

Samada apa yang terkandung dalam QG mempunyai persamaan atau tidak dengan silibus sekolah atau kampus lain. Soalan ini memerlukan saya meneliti banyak silibus-silibus lain yang sedang atau telah digunakan di pelbagai tempat. Ikhlasnya saya tidak sebanyak itu pengetahuan dan penelitian.

Walau bagaimanapun, perbandingan yang boleh saya buat antara QG dan silibus yang biasa di kampus ialah :-

1) QG disusun untuk seseorang memahami Islam sbg ad-deen khususnya berkaitan dengan al-quran, hadis, adab dan akhlaq, fikrah serta sirah. Yakni bukan setakat memberi penumpuan soal perkara fikrah berjemaah dan isu semasa tanah air atau dunia Islam sahaja.

2) Kewujudan 5 siri QG memberi peringatan kepada saya, untuk melihat asas mengajak manusia lain kepada Islam tidak terlekat hanya pada perkara bersifat gerakan tetapi memahami Islam sebagai Ad-deen yakni ada asas-asas Islam yang harus difahami. Contohnya pada bacaan Quran dari segi tajwid.

3) QG juga satu usaha untuk menampilkan kualiti silibus usrah yang "bermaruah" dan di susun sesuai untuk remaja. "maruah" maksud saya ialah imej kita tampil bukan dengan imej yang bersifat photostat. Sebab itu QG dibentuk dengan imej senang dibawa, cantik dan berwibawa.

4) Secara peribadi apabila saya meneliti QG, saya mendapati (khususnya QG 4 dan 5) kewajaran penglibatan saya dalam harakah dari aspek sirah dan apa yang saya fahami (berkenaan harakah islam) ini mempunyai susur galur dengan perjuangan Rasulullah saw, kewujudan zaman pentadbiran khalifah ar-rasyidin, perang salib serta kejatuhan ketamadunan Islam. Maksud saya kefahaman bersama gerakan islam tidak terhenti dengan mendengar pernyataan dalam bentuk teori iaitu dari Firman ALLAH dan pesanan RASUL kita sahaja.

5) Namun apa yang penting bagi saya ialah QG sehingga hari ini telah diterima pakai secara rasmi di 6 buah sekolah di Kelantan ( boleh rujuk diblog QG). Maknanya ia adalah praktikal . Sedangkan promosi QG baru bermula tahun ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...