[Situasi
Dalam Majlis Usrah]
Naqib : Ok, berdasarkan tayangan tadi, abang nak
minta pandangan Fahmi. Boleh dik?
Fahmi : Err, tak boleh bang. Saya tak pandailah nak
bagi-bagi pandangan ni. Bagi Zamri lah.
Naqib : Kamu faham kan cerita tadi Fahmi?
Fahmi : Ya faham bang. Cuma, tak retilah nak cakap
macam mana. Tengok jer bolehlah. Lagipun rasa berdebar pula. Bagi
sahabat-sahabat lain dululah bang…
Zamri : Ala kau ni Fahmi. Cakap jelah apa yang kau
faham tu. Takkan tak boleh. Sikit pun jadilah.
Fahmi : Err..ok, cakap sikit jer boleh bang?
Naqib : Ya, boleh dik. Cakaplah.
***
Usrah Tempat Mengasah Kemahiran Bercakap
Salah satu keunikan majlis ilmu melalui usrah ialah ia boleh menjadi medium berkesan untuk mengasah bakat dan kemahiran ahli-ahlinya di dalam bercakap. Bagaimana? Iaitu dengan naqib dan naqibah boleh fokus secara terus dan personal kepada setiap ahli-ahli usrahnya. Tambahan pula medan usrah lebih kecil sasaran dakwahnya. Ia berbeza dengan pendekatan kuliah dan ceramah yang mana medannya lebih luas.
Beza Usrah Dengan
Kuliah/Ceramah
|
|
Usrah
|
Kuliah/Ceramah
|
Berlaku
2 hala
|
Berlaku
1 hala
|
Bilangan
mad’u yang kecil
|
Bilangan
mad’u tanpa batas
|
Boleh
fokus terus kepada setiap mad’u
|
Sukar
untuk fokus setiap mad’u
|
Fleksibel,
boleh dibuat di mana-mana
|
Perlu
tempat yang sesuai dengan kapasiti mad’u
|
Berdasarkan
dialog di atas, ia menunjukkan situasi bagaimana Fahmi yang mulanya agak
gementar untuk bercakap di dalam usrah. Hasil peluang dari naqib dan sokongan
dari kawannya Zamri, beliau akhirnya berjaya mengatasi perasaan ketakutan yang
ada pada dirinya. Itu ialah contoh bagaimana usrah boleh menjadi platform yang
baik untuk permulaan membina skill bercakap, berbanding diminta bercakap di
dalam ceramah atau kuliah yang sudah pasti suasananya yang ramai akan lebih
menggerunkan!
Walaupun begitu, melalui beberapa pemerhatian kita, ketika diberi peluang oleh naqib/naqibah, ada juga sebahagian remaja yang masih takut-takut untuk bercakap sama ada untuk memberikan pandangan mahupun ketika diminta melontarkan idea. Untuk itu, di sini dikongsikan beberapa rasional dan kelebihan tidak perlu takutnya kita di dalam bersuara memberikan pandangan:
Sebagai akhirnya, untuk memohon kepada Allah dipermudahkan
urusan berkongsi kebaikan, sama-sama kita amalkan doa yang pernah dibaca oleh
Nabi Musa AS ketika mahu berdepan dengan Firaun, si penguasa Mesir yang zalim
itu. Kisah ini juga menjadi hujah pentingnya kita menggilap seni komunikasi
kita, kerana kita belum tahu mungkin suatu hari nanti akan tiba waktunya
giliran kita pula untuk berkata benar di hadapan pemimpin yang zalim!
Doa
Dilapangkan Hati & Dimudahkan Urusan
Dia (Musa) berkata, “Ya Tuhanku lapangkanlah dadaku, dan
mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar
mereka mengerti perkataanku.”
(Surah Taha 20: 25-28)
2 comments:
Kenapa pd skrin saya, ayat Al-Quran itu terbalik? Harap diperbaiki, atau tak dipaparkan langsung (papar maknanya saja) sbb boleh mengelirukan. Terima kasih.
Terima kasih di atas komen tersebut. Ia sudah dibaiki.
Post a Comment