Bismillah, salam ukhuwwah buat semua sahabat dan pelawat setia blog Quranic Group ini. Mudah-mudahan bertambah-tambahlah kejayaan dan kebahagiaan kita semua di dunia dan akhirat.
Entri blog QG kali ini ialah tentang artikel modul Tak Kenal Maka Tak Cinta yang boleh digunakan oleh para nuqaba' untuk menumbuhkan kecintaan sesama ahli usrah kerana Allah SWT.
Selamat membaca :)
Tak Kenal Maka Tak Cinta
Anas
R.A mengatakan bahawa seorang berada di sisi Rasulullah SAW, lalu salah seorang
sahabat melewatinya. Orang yang berada di sisi Rasulullah SAW tersebut
mengatakan, “Aku mencintai dia, ya Rasulullah.” Lalu Nabi bersabda, “Apakah
kamu sudah memberitahukan dia?” Orang itu menjawab, “Belum.” Kemudian
Rasulullah SAW bersabda, “Beritahukan kepadanya.” Lalu orang tersebut
memberitahukannya dan berkata, “Sesungguhnya aku mencintaimu karena Allah.”
Kemudian orang yang dicintai itu menjawab, “Semoga Allah mencintaimu karena
engkau mencintaiku keranaNya.” (Riwayat
Abu Dawud dengan sanad shahih)
Berdasarkan
hadis di atas, kita boleh memahami bahawa itulah antara ucapan terbaik yang
dianjurkan untuk dilafazkan kepada mereka yang bersaudara serta berkasih sayang
kerana Allah. Ianya sudah pasti mengukuhkan hubungan silaturrahim di antara 2
orang yang bersaudara. Persoalannya, sudahkah naqib/naqibah dan ahli usrah yang
membaca artikel ini mengamalkan ucapan tersebut di dalam kumpulan usrah
masing-masing? Dan sejauh manakah kita mengambil peluang mengenali dan merapati
ahli kumpulan usrah dengan mengharapkan kebaikan mereka?
Artikel
kali ini menyediakan satu aktiviti yang boleh dilakukan di dalam kumpulan usrah
sebagai memenuhi apa yang telah dinyatakan tadi. Selamat mencuba!
Aktiviti : Tak Kenal Maka Tak
Cinta
Peralatan
yang diperlukan : Tiada
Kaedah
penyampaian : Aktiviti berkumpulan
Bil
|
Objektif
|
1
|
Memberikan maklum balas terhadap diri orang
lain
|
2
|
Kesedaran tentang diri sendiri dari sudut
pandangan orang lain
|
3
|
Menumbuhkan
kecintaan sesama ahli usrah kerana Allah SWT
|
Kaedah
perlaksanaan :
1.
Naqib/naqibah mengarahkan supaya ahli usrah
duduk dalam satu bulatan kecil.
2.
Naqib/naqibah meminta seorang ahli usrah duduk
di tengah-tengah bulatan.
3.
Setiap ahli usrah diminta memberi tanggapan
tentang ahli usrah yang duduk di tengah-tengah bulatan tersebut.
4.
Ahli usrah dilarang untuk memberi kritikan yang
berbentuk penghinaan atau yang boleh menjatuhkan maruah seseorang.
5.
Apabila semua ahli usrah telah memberikan
tanggapan mereka, seorang ahli usrah yang baru mengambil alih tempat di
tengah-tengah dan menggantikan ahli tadi.
6.
Proses tadi diulang sehingga semua ahli usrah
dapat maklum balas daripada ahli-ahli usrah yang lain.
7.
Setelah selesai, naqib/naqibah meminta ahli
usrah memberi pendapat tentang aktiviti tersebut.
8.
Naqib/naqibah membuat rumusan aktiviti:
·
Tiada manusia biasa yang sempurna di dunia ini.
·
Setiap insan perlu tabah menghadapi apa juga
kritikan orang lain.
·
Setiap yang hidup pasti menghadapi dugaan.
·
Setiap manusia pasti ada kelebihan dan
kekurangan masing-masing.
9.
Sebagai akhirnya, semua ahli usrah termasuk
naqib/naqibah diminta untuk mengucapkan “Saya sayang ___ kerana Allah” dengan
penuh penghayatan kepada setiap orang. Tempat kosong tersebut merujuk kepada
nama ahli usrah tersebut.
Didoakan
dengan mempraktikkan aktiviti ini akan menyebabkan perpaduan sesama ahli usrah
semakin utuh dan kuat. Ia menunjukkan luar biasa ukhuwah yang dijana kerana
mereka berkenal-kenalan antara satu sama lain di atas sebab cinta kerana Allah
dan sayangkan saudara mereka yang kuat pegangan agamanya itu. In Syaa Allah.
No comments:
Post a Comment