Wednesday, January 30, 2019

BENGKEL USRAH TERBAIK (BEST) - SMK ZAINAB 2


Pertama kali saya menjayakan modul ini kepada pelajar aliran sekolah menengah kebangsaan. Biasanya kepada SMKA, SBP atau MRSM.

Pun begitu semangat dan kesedaran yang tinggi dari mereka sebagai perintis generasi awal tarbiah usrah di sekolah melalui agenda Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) benar-benar mengujakan.

Didoakan perkongsian seharian tadi memberi manfaat dan membantu kelancaran perjalanan usrah mereka.

Mana-mana pihak yang berminat untuk saya jayakan program ini di tempatnya, mohon hubungi 0134058718.


Monday, January 14, 2019

BENGKEL USRAH TERBAIK (BEST) 2019




Bismillah. In syaa Allah pada tahun 2019 ini, kami ceria dan gembira membantu pihak badan dakwah sekolah dan IPT untuk menjayakan program-program memperkasakan usrah.

Kami serius membantu naqib/naqibah usrah remaja menjalankan usrah dengan efektif dan efisyen, melalui modul Bengkel Usrah Terbaik (BEST) ini. Modul kemahiran kami ialah sebagaimana yang tertera di poster tersebut.

Kami juga menyediakan buku silibus usrah yang bertajuk Quranic Group - QG untuk pelajar sekolah menengah bermula tingkatan 1 sehingga tingkatan 5.

Testimoni klien terhadap modul latihan dan buku silibus usrah kami boleh dilihat di blog ini - www.quranicgroup.blogspot.com. Pelbagai perkongsian artikel, tip-tip usrah dan aktiviti tentang kami juga boleh dilihat di blog tersebut.

Kami berdoa mudah-mudahan direzekikan Allah untuk bersama tuan dan cikpuan jayakan komitmen ini, di samping mengeratkan silaturahim. Ameen.


Nik Kamal, pengurus latihan nuqaba remaja dan buku silibus usrah Quranic Group
No tel - 0134058718

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...