Wednesday, August 1, 2018

Bengkel Usrah Terbaik (BEST) di SMKA Pahang


 "Jika kita sambung lagi, nak lagi tak?"

"Nakkkk!!"

Itu soalan dari ustazah penasihat BADAR SMKA Pahang dan dijawab oleh naqib/naqibah ini. Kami amat gembira tapi sedikit risau dengan jawapan tersebut. Huhu.

Modul Bengkel Usrah Terbaik (BEST) ini ialah ramuan perencah yang kami gaulkan hasil dari pengalaman sebagai naqib sewaktu di sekolah, kampus dan menadah ilmu dari murabbi.


Kemudian diperkemaskan lagi dengan ilmu yang dicedok dari pembelajaran dalam siri-siri program yang dianjurkan oleh Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) dan Profesional Learning Facilitator (PLF).


 Alhamdulillah setakat ini telah hampir 20 buah institusi yang punya agenda usrah remaja merasai modul ini. Ia merangkumi SMKA, MRSM, Maahad Tahfiz, SMUA dan SBP.


Mimpi kami ialah semua institusi tersebut, khususnya SMKA di seluruh Malaysia akan berpeluang untuk kami jayakan modul ini kepada mereka. Setiap kali mengimaginasi mimpi itu, jantung kami akan berdegup kencang. Entah kenapa. Huhu.
.
Oh ya, modul ini pelengkapnya ialah dengan institusi tersebut juga mendapatkan buku silibus usrah Quranic Group - QG. In syaa Allah mudah-mudahan ia sebagai nilai tambah terbaik.
.
Sudah tentu kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi memastikan mimpi ini menjadi realiti.
.
Ada yang sudi? 

Boleh call/whatsapp no telefon ini - 0134058718 (Nik Kamal)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...