Tuesday, December 14, 2021

Bengkel Usrah Terbaik Untuk Nuqaba IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka




Alhamdulillah tamat Bengkel Usrah Terbaik untuk naqibah Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka. Kami berkongsi dengan mereka bagaimana mengendalikan usrah era norma baharu kini yang sememangnya mencabar.

.
Alhamdulillah majoriti gembira dan telah bersedia untuk mempraktikkan kemahiran dan ilmu yang dikongsikan.



.
Kami mengalu-alukan tuan-puan yang berminat untuk jayakan program seumpama ini untuk nuqaba di tempatnya. Boleh maklumkan kami dan kita boleh bincang sehingga ianya dapat direalisasikan. Klik link ini untuk hubungi kami: http://www.wasap.my/60134058718/BengkelUsrah
.
Terima kasih banyak-banyak atas keprihatinan tuan-puan. Kami suka!
.
Nik Kamal
Jurulatih Utama Bengkel Usrah Terbaik (BEST)
Pengurus Buku Silibus Usrah Quranic Group (QG)

Sunday, March 7, 2021

Bengkel Asas Nuqaba Untuk Nuqaba Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS)

 

Alhamdulillah syukur dapat jayakan modul Bengkel Asas Nuqaba ini kali pertama melalui online.

Walaupun berdepan juga dengan cabaran line internet, namun Alhamdulillah dapat juga ditamatkan dengan lancar.

3 slot yang setiap slot mengambil masa hampir 2 jam. Fuhh..

Dan lebih menarik para peserta majoritinya orang Sarawak kerana mereka ialah nuqaba dari Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS).



Terima kasih banyak-banyak kerana memberi kepercayaan kepada
Itqan Partners Training & Consultancy (ITC)
dan
Quranic Group - QG
untuk melaksanakan program ini.

Didoakan ada rezeki nanti kita dapat bersua muka secara fizikal di sana. Bolehlah kami singgah di Pasar Satok beli ikan terubuk, atau ke Mira Cake House beli kek lapis Sarawak 😁


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...