Saturday, November 14, 2015

2 Contoh Penyampaian UAI Yang Membuatkan Mata Mad'unya Terbeliak



Contoh 1

Mad'u - Ustaz, apa hukum kita mengambil wudhu' dalam keadaan bertelanjang ya?

UAI - Haram!

Terkejut. Terbeliak mata sekejap. Rasa berdosa mula menyelubungi diri. Rupa-rupanya selama ini apa yang telah diamalkan salah. 

Namun, rasa tak puas hati mendesak-desak untuk memohon pengesahan.

Mad'u - Betul ke ustaz?

UAI - Ya, jika kamu ambil wudhu' begitu di tepi kolah masjid!

Mad'u - Astaghfirullah. Ustaz ni, ada-ada sahaja. Phew.

Contoh 2

Mad'u - Ustaz, ambo ni mat rempit. Beraso nok tanyo 1 bendolah ustaz. Buleh ko?

UAI - Buleh. Nok tanyo gapo?

Mad'u - Ambo nok bawok gewe ambo naik motor skali gi merempit. Buleh ko?

UAI - Buleh!

Terkejut. Terbeliak mata. Tidak pernah dalam hayatnya ada ustaz yang menjawab begitu. Selalunya soalan ini akan dijawab haram sahaja oleh ustaz yang ditemuinya.

Belum puas hati. Rasa mahu dapatkan kepastian.

Mad'u - Yoko ni ustaz?

UAI - Ho lah. Tapi ada 1 syarat.

Mad'u - Gapo tu ustaz? (Tak sabar untuk mengetahuinya. Mahu sahaja dibuat terus lepas ini.

UAI - Syaratnya mung kena letak abah gewe mung tu duduk tengoh!

Mad'u - Haha. Adeh. Kena ambo kali ni...

***

2 situasi di atas ialah contoh bagaimana cara UAI menawan hati para mad'unya. Kesannya sebagaimana yang kita maklumi jumlah audien yang hadir ke ceramahnya tidak pernah mengecewakan. Jangan terkejut bahawa mat rempit dalam situasi yang ke 2 tadi rasa penuh keterujaan untuk ikuti lagi siri-siri kuliah UAI yang seterusnya.

Bagi para nuqaba' dalam usrah, skil penyampaian seperti itu juga sangat berguna untuk kita 'ikat hati' mad'u masing-masing supaya mereka berminat untuk ikut usrah kita yang seterusnya.

Iaitu dengan memasukkan elemen 'wow' iaitu beri sedikit kejutan yang mendebarkan atau membahagiakan. Lantas senang untuk kita deliver mesej tarbiah kepada mereka.

Mahu tahu lagi tentang contoh-contoh elemen 'wow' ini? Klik like fb ini - Quranic Group (QG) atau nantikan posting seterusnya blog ini pada masa akan datang In Syaa Allah.

Wallahualam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...