Bismillah, salam ukhuwwah buat semua sahabat dan pelawat setia blog Quranic Group ini. Didoakan kita semua sentiasa di dalam rahmat dan keberkatan Allah SWT.
Entri terbaru blog QG kali ini ialah:
1. Artikel bertajuk 'Kemahiran Mendidik Di Dalam Usrah' yang berkongsi tentang teknik dan peringkat-peringkat dalam proses didikan tarbiah Rasulullah SAW. In Syaa Allah boleh dijadikan koreksi bersama naqib/naqibah di dalam menjalankan usrah masing-masing.
2. Perkembangan terkini tim dan silibus QG
Selamat membaca :)
Kemahiran Mendidik Di Dalam Usrah
Mendidik Gaya Rasulullah
SAW
Jika disingkap kembali sejarah proses tarbiah melalui
usrah, kita dapat mengetahuinya bahawa ia dimulakan oleh nabi kita Muhammad
SAW. Kesukaran dan kesulitan baginda SAW mengadakan usrah bersama para sahabat
di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam boleh membuatkan kita khususnya naqib dan
naqibah rasa malu dan serba salah jika tidak buat usrah dengan seserius
mungkin, sebagaimana seriusnya Rasulullah SAW.
Oleh sebab itu, sebagai naqib/naqibah, menjadikan Baginda
SAW sebagai contoh ikutan dalam mengendalikan mad’u (sasaran dakwah) kita ialah
merupakan satu kewajipan dan bukannya pilihan. Hal ini dinyatakan sendiri oleh
Allah SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud “Sesungguhnya pada diri Rasulullah terdapat
suri teladan yang baik bagi sesiapa sahaja yang mengharapkan (pertemuan dengan)
Allah dan hari akhirat serta banyak mengingati Allah.” (Surah Al-Ahzab 33: 21)
Apakah istimewanya cara Rasulullah SAW di dalam mendidik
para mad’unya? Di dalam buku Al-Rasul Al-Muallim wa Asalibuhu fi Al-Ta’lim
karangan Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah, kita boleh mendapati bermacam teknik
didikan yang digunakan oleh Baginda SAW. Antaranya ialah:
- · Mengulang penjelasan dan mengakhiri penjelasan dengan suatu jawapan
- · Memilih kesempatan yang tepat dalam memberikan pengajaran
- · Memerhati situasi dan keadaan mad’u
- · Mendidik secara berperingkat
- · Memberi contoh melalui teladan dan akhlak mulia
- · Mengajukan pertanyaan untuk mengetahui sejauh mana kefahaman mad’u
- · Menggunakan analogi atau perumpamaan dalam pengajaran
Melalui teknik didikan gaya Rasulullah SAW tersebut, naqib
dan naqibah boleh mempraktikkannya di dalam usrah yang kita jalankan. Selain
itu, kita juga boleh mengambil inspirasi daripada 10 kaedah fiqh dakwah dari
buku Ad-Da’wah: Qawaid wa Ushul (Dakwah : Kaedah dan Usul) karangan Sheikh
Juma’ah Amin. Beliau telah merangka proses didikan sebagaimana berikut:
- · Menunjukkan teladan sebelum berdakwah
- · Mengikat hati sebelum memperkenalkan
- · Memperkenalkan sebelum memberi tugas
- · Bertahap dalam memberikan tugasan
- · Memudah bukan menyusahkan
- · Memulakan yang pokok sebelum cabang
- · Memberi harapan sebelum ancaman
- · Memberi kefahaman bukan menyampaikan semata-mata
- · Pendidikan bukan menunjukkan keburukan
- · Murid kepada guru bukan murid kepada buku
Justeru itu, apabila kita dapat menguasai kemahiran didikan
ini, In Syaa Allah perjalanan usrah kita akan bertambah lancar lantas
memberikan kesan yang hebat. Sekiranya ia konsisten dilaksanakan, semakin ramai
mad’u yang berkualiti dapat dihasilkan dan masyarakat kita akan semakin
berkembang dalam suasana kebaikan. Mudah-mudahan usaha-usaha ini dapat
mengembalikan terhasilnya umat Islam yang dapat menguasai 2/3 dunia sebagaimana
yang terukir di dalam sejarah!
Wallahualam. Astaghfirullah.
Perkembangan terkini tim dan silibus QG
Berikut ialah tempahan-tempahan yang telah dibuat oleh rakan-rakan usrah kita:
120 unit ke Arau, Perlis dan 1 set ke Kuala Terengganu
Lebih 1000 unit ke Selama, Perak
Hampir 200 unit ke MRSM di utara tanahair
Tim QG mendoakan buku-buku tersebut dapat membantu rakan-rakan sekalian di dalam memperkasakan pengisian usrah di tempat masing-masing.
Tim QG mendoakan perjalanan usrah mereka berjalan lancar dan mempunyai nilai tambah dengan adanya buku ini InsyaAllah. Bagi saudara yang berminat, boleh terus rujuk button 'Tentang QG' di atas. Dan kepada yang ingin mengetahui senarai sahabat-sahabat yang pernah melanggan QG ini, boleh rujuk button 'Pelanggan Kami' juga di atas.
Tim QG mendoakan semoga usaha-usaha baik ini diberkati dan mendapat kasih sayang Allah. Tim QG juga mengalu-alukan saudara yang ingin menjemput dan bekerjasama dengan kami di dalam membuat kebaikan kepada masyarakat kita InsyaAllah.
Sekian, jazakallah khairan kathira.
^^ Mencari Hikmah Untuk Ummah ^^
No comments:
Post a Comment