Bismillah, salam ukhuwwah buat semua sahabat dan pelawat setia blog Quranic Group ini. Didoakan kita semua sentiasa di dalam rahmat dan keberkatan Allah SWT.
Entri terbaru blog QG kali ini ialah:
1. Artikel bertajuk 'Bulatan Gembira VS Bulatan Duka' yang berkongsi tentang tanda-tanda usrah yang cemerlang dan usrah yang memerlukan penambahbaikan.
2. Perkembangan terkini tim dan silibus QG
Selamat membaca :)
Bulatan Gembira VS Bulatan Duka
Situasi 1
“Kak Nur, boleh tak minggu hadapan kita buat usrah lama
sikit? Rasa tak cukup masalah kalau sejam 30 minit sahaja. Seronok sangat perkongsian
ilmu tadi“ Kata Siti kepada naqibah usrahnya, Nur selepas tamat usrah. Nur
tersenyum mendengar permintaan ahli usrahnya.
Situasi 2
“Maafkan abang adik-adik semua. Abang perlu siapkan kerja
sikit malam ini. Usrah kita nanti abang SMS balik bila akan dibuat ya. Salam.”
Begitulah SMS yang dihantar oleh Abu kepada ahli usrahnya. SMS tersebut
dihantar pada pukul 9 malam, ketika semua ahli usrahnya sudah berada di tempat
usrah menunggu ketibaan beliau selaku naqib kepada mereka. Detik hati salah
seorang dari ahli usrahnya, “Sudah 3 kali Abang Abu macam ini. Kalau macam ini
baik aku masuk kumpulan usrah lain.”
Usrah, yang juga disebut oleh sebahagian kita sebagai
‘bulatan gembira’ itu, berkemungkinan menjadi ‘bulatan duka’ jika tidak dapat
dikendalikan dengan sebaiknya. Bagi memastikan ianya ‘gembira’, ia memerlukan
kedua belah pihak iaitu naqib/naqibah dan ahli usrah saling bekerjasama
menghidupkan suasana kemesraannya dan berfikiran positif di dalam menghadapi
cabaran berusrah.
Artikel kali ini ingin berkongsi dengan para remaja tentang
tanda-tanda yang boleh ditemui dari usrah yang disebut sebagai ‘bulatan
gembira’ dan tanda-tanda yang boleh ditemui dari usrah yang disebut sebagai
‘bulatan duka’, sebagaimana 2 situasi di atas.
Bulatan
Gembira
|
Bulatan
Duka
|
Usrah
sentiasa berjalan pada masa yang telah ditetapkan dan tidak beri peluang hal
yang remeh-temeh menggagalkannya.
|
Usrah
selalu ditunda-ditunda. Kadang-kadang berlaku kejadian di mana usrah
ditangguhkan tanpa makluman sebabnya.
|
Ahli
usrah kelihatan bersemangat dan konsisten hadir. Bahasa badan mereka
menzahirkan keceriaan. Respon balas dalam usrah juga sangat memberangsangkan.
|
Wujud
reaksi tidak selesa ahli usrah. Ia boleh dilihat dari wajah kusut dan bahasa
badan mereka yang tidak memberi tumpuan sepenuhnya. Kehadiran juga tidak
menentu.
|
Naqib/naqibah
yang segar, proaktif dan mengambil berat tentang kehidupan ahli usrahnya.
Layanan mereka kepada ahli usrah sentiasa berada di tahap terbaik sama ada
ketika berhubung di alam realiti mahupun di alam maya.
|
Naqib/naqibah
bersikap acuh tak acuh contohnya malas membuat persediaan sebelum
mengendalikan usrah. Agak malang apabila ahli usrah sangat komited tetapi
naqib/naqibah pula yang tidak memanfaatkannya.
|
Ahli
usrah suka berkongsi dan menceritakan pengalaman dan kegembiraan mereka
melalui usrah dengan orang lain sama ada ahli keluarga atau kawan-kawan.
|
Ahli
usrah menjadikan usrah sebagai alasan mereka tidak dapat memberi tumpuan
kepada perkara lain contohnya di dalam pelajaran dan aktiviti persatuan yang
disertai.
|
Ahli
usrah bertanya, “Bila akan diadakan lagi?”
|
Ahli
usrah bertanya, “Bila mahu habis usrah?”
|
Mudah-mudahan dengan mendapat gambaran yang jelas tentang
tanda-tanda ‘bulatan gembira’ dan ‘bulatan duka’ ini, kita akan segera
melakukan penambahbaikan jika didapati tanda ‘bulatan duka’ lebih menghampiri
usrah kita. Bak kata pepatah, ‘mencegah lebih baik daripada merawat’.
Dan jika kita dapati tanda-tanda ‘bulatan gembira’ lebih
menguasai usrah kita, bersyukurlah dan teruskan berusaha membangunkannya dan
usah cepat berpuas hati dengan pencapaian tersebut.
Didoakan ia menjadi saham besar kita di akhirat nanti In
Syaa Allah!
Perkembangan terkini tim dan silibus QG
Alhamdulillah, ini adalah artikel seterusnya tim QG yang telah disiarkan di dalam majalah Gen-Q isu ke 25. Jangan lupa untuk mendapatkan majalah Gen-Q ini di kedai-kedai buku berdekatan saudara ya. Bagi saudara yang ingin mengikuti perkembangan majalah Gen-Q dengan lebih dekat, klik sahaja link ini - http://www.facebook.com/majalahGenQ?fref=ts dan terus berikan 'LIKE' kepadanya. =)
Berkaitan perkembangan buku Quranic Group (QG) pula, seorang pensyarah dari Politeknik Arau, Perlis telah mendapatkan 5 set buku ini untuk kegunaan usrah di sana. Dan juga seorang rakan dari Selangor telah menempah 1 set. Tim QG mendoakan semoga ia dapat bantu sedikit sebanyak mereka di dalam pengisian usrah. Bagi saudara yang ingin membuat tempahan, mohon klik button 'Cara Pesanan' di atas untuk ketahui prosedurnya.
Tim QG mendoakan semoga usaha-usaha baik ini diberkati dan mendapat kasih sayang Allah. Tim QG juga mengalu-alukan saudara yang ingin menjemput dan bekerjasama dengan kami di dalam membuat kebaikan kepada masyarakat kita InsyaAllah.
p/s: Sekiranya saudara ingin posting setiap entri di dalam blog ini terus meluncur masuk ke dalam email saudara secara automatik sebaik sahaja blog ini diupdate, saudara dijemput untuk memasukkan email di dalam ruangan 'DAPATKAN MAKLUMAT TERKINI' di bahagian kanan blog ini. Sistem 'Feedburner' akan membantu memudahkan urusan penyampaian maklumat kepada saudara InsyaAllah.
Sekian, jazakallah khairan kathira.
^^ Mencari Hikmah Untuk Ummah ^^
No comments:
Post a Comment