Tuesday, February 14, 2012
Quranic Group : Cetakan Seterusnya
Thursday, February 9, 2012
Quranic Group 5 Bahagian 2
Bismillah, terima kasih kepada semua sahabat kerana sudi melayari blog ini. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada anda khususnya di dalam memahami Islam mengikut acuan yang sebenarnya.
Di dalam post yang lepas, kami telah memaklumkan kepada anda kandungan buku QG 5 bahagian 1. Untuk posting kali ini, kami tampilkan kepada anda kandungan buku QG 5 bahagian 2 pula. Semoga ianya dapat membantu anda mengenali manual tarbiah ini dengan lebih dekat InsyaAllah.
Kandungan QG 5 (2)
Semoga silibus usrah ini akan mampu memacu pembentukan individu muslim ke arah kecemerlangan di dunia dan akhirat.
Untuk tempahan, sila hubungi no yang tertera di blog ini. Terima kasih ^^
Wednesday, January 18, 2012
Perkembangan Terkini Quranic Group (QG)
Sunday, November 27, 2011
Pengumuman Terbaru Silibus Usrah [QG 4(3), QG 5(1) & QG 5(2)]
Monday, November 14, 2011
Silibus Usrah Yang Berkesan Pemangkin Generasi Pencinta Islam
Silibus Usrah Yang Berkesan Pemangkin Generasi Pencinta Islam
Saya ingin berkongsi dengan teman-teman sedikit huraian di dalam silibus usrah Quranic Group (QG) 4(3) ini iaitu yang berkaitan permasalahan yang berlaku dalam sejarah awal selepas kewafatan Nabi SAW pada 1400 tahun yang lalu yang mana berlaku bibit-bibit perpecahan umat Islam dalam menentukan khalifah/pengganti Nabi SAW. Selepas kewafatan Nabi SAW , Abu Bakar RA berhadapan dengan sepakatnya kaum Khazraj dalam melantik Sa'ad bin Ubadah yang berlaku di Saqifah Bani Sa'idah yang akhirnya selesai dengan Abu Bakar dilantik menjadi khalifah selepas dicadangkan oleh Umar Al-Khattab. Permasalahan yang berlaku ini memberi sedikit sebanyak pengajaran kepada kita tentang bagaimana cara perlantikan pemimpin iaitu adakah ia diberikan kepada mereka yang layak atau sebaliknya. Jelaslah di sini bahawa melantik pemimpin sewajibnya diberikan kepada mereka yang berhak sahaja dan sesiapa pun bebas memilih pemimpin mereka asalkan individu tersebut mempunyai kemampuan dalam memimpin.
Dalam era pemerintahan Khalifah Abu Bakar yang sangat getir berhadapan dengan golongan yang engkar kepada ajaran Islam, yakni enggan membayar zakat dan golongan yang mengaku nabi, permasalahan demi permasalahan yang timbul ini telah berterusan sehingga memberi ruang kepada bibit-bibit kehancuran selepas berlaku pembunuhan terhadap khalifah seterusnya. Perpecahan umat Islam telah berlaku apabila dirakamkan di dalam sejarah tentang bagaimana terjadinya peperangan pertama yang melibatkan sahabat Nabi SAW iaitu peperangan antara Khalifah Ali dengan Siti Aisyah, Talhah, dan Zubeir Al-Awwam dalam menuntut pembelaan atas kematian khalifah Othman.
Silibus usrah QG 4(3) ini bagi saya InsyaAllah berupaya merungkai kekeliruan sesetengah orang Islam yang timbul persoalan di dalam benak fikiran mereka iaitu adakah para sahabat ini telah berpecah atau tidak berbaik-baik sesama Islam, sedangkan mereka yang terlibat adalah sahabat yang rapat dengan Nabi dan juga ada yang tergolong dalam kategori paling awal memeluk Islam. Saya ingin menyatakan di sini bahawa sebaiknya bagi kita adalah bersangka baik kepada sahabat Nabi SAW kerana mereka lebih tahu apa yang berlaku. Janganlah sesekali kita bersangka buruk atau membuat tanggapan negatif kepada sahabat baginda SAW. Nabi SAW sendiri ada berpesan dalam hadisnya seperti berikut:
Untuk pengetahuan sidang pembaca, Imam Hassan Al-Basri juga ada membuat ucapan istimewa untuk merungkai kekeliruan ini tatkala ada yang bertanya beliau tentang kisah peperangan tersebut. Kata-kata Imam Hassan Al-Basri ini ada dimuatkan dalam silibus usrah QG 4(3) ini.
Kami bersyukur dan berdoa semoga usaha yang sedikit ini mampu memberi gambaran yang jelas tentang permasalahan yang berlaku dan juga perkara yang asas tentang kesyumulan ajaran Islam. Kami berharap teman-teman di luar sana dapat terus memberi sokongan yang padu dalam memberi kesedaran dan juga sumbangan kepada Islam yang kita cintai ini. semoga usaha yang sedikit ini dinilai sebagai amal kebajikan dalam menaikkan Islam ke arah yang lebih tinggi.InsyaAllah.
Selamat membaca dan mengkaji sejarah Islam dalam silibus usrah ini dan semoga kita mengambil pengajaran daripadanya! =)
Terima Kasih
Tuesday, June 28, 2011
Thursday, March 31, 2011
Sekitar Jualan QG di Program Motivasi Dr Shukri Abdullah
Wednesday, February 23, 2011
Sedikit Perkembangan QG
Saturday, February 19, 2011
Pemberitahuan
Quranic Group Di Media Massa
Friday, February 18, 2011
QG 4 (1) Cetakan Kedua
Thursday, February 17, 2011
Pengumuman keluaran terbaru masa terdekat..
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog Quranic Group dan pelanggan yang terus setia dengan Quranic Group sehingga hari ini.
Terima kasih.
Tuesday, March 24, 2009
PENGUMUMAN : PENERBITAN QG 4(1) dan QG 4(2)


Alhamdulillah dalam kesibukan masa dan kekangan kerja semasa... akhirnya QG 4(1) dan QG 4 (2) telah siap diterbitkan. QG 4 adalah sambungan kepada 3 siri QG yang telah diterbitkan. Dari segi kandungan :-
Quranic Group 4(1)
Bab 1 : Fikrah
(a) Dakwah Islamiyyah
(b) Amar Makruf dan Nahi Mungkar
(c) Kembali kepada madrasah Rasulullah saw
(d) Konsep kepimpinan dalam Islam
Bab 2 : Sirah Nabawiyyah
(a) Pengkhianatan Yahudi
(b) Perang Khaibar
(c) Perang Uhud
(d) Perang Khandaq
Bab 3 : Tafsir Al-Quran dan hadis pilihan
(a) surah pilihan - surah an-Nisa
(b) hadis pilihan - Wasiat Rasulullah saw
- Kejadian Manusia dan untung nasibnya
Quranic Group 4(2)
Bab 1 : Fikrah
(a) Akhlak Qiadi dan Jundi
(b) Dakwah Fardhiyyah dan aplikasinya
(c) Tuntutan berorganisasi dalam Islam
(d) Kewajipan beramal untuk Islam
Bab 2 : Sirah Nabawiyyah
(a) Perjanjian Hudaibiyyah
(b) Perang Mu'tah
(c) Pembukaan Kota Mekah
(d) Perang Hunain
(e) Perang Tabuk
(f) Hajjatul Wada'
(g) Wafatnya Rasulullah saw
Bab 3 : Tafsir Al-Quran dan hadis pilihan
(a) Surah pilihan - al-maidah
(b) Hadis pilihan - Islam agama nasihat
Selamat Mengguna
Tuesday, December 2, 2008
DOA SAYA
Saturday, November 8, 2008
Institut Perguruan Islam Selangor
Rujukan Kami : IN/QG/20
Tarikh : 1/ 11/ 08 INVOIS
INSTITUT PERGURUAN ISLAM SELANGOR
| Bil. | Item | Kuantiti | Harga Seunit (RM) | JUMLAH (RM) |
| 1. | Buku Quranic Group
| 80 80 80 80 80 80 | 3.50 3.50 3.50 3.50 3.50 3.50 | 280.00 280.00 280.00 280.00 280.00 280.00 |
| JUMLAH KESELURUHAN (RM) | 1680.00 | |||
IMPORTANT
Complaints if any should be lodged within 7 days after delivery of goods. We will not be held responsible for any defect if brought to our notice thereafter.
..........................................................
ITQAN EVENT MANAGEMENT
.........................................................
INSTITUT PERGURUAN ISLAM SELANGOR![]()
Sunday, October 19, 2008
PERKONGSIAN SATU PERTANYAAN
Soalan
Salam ziarah salam lebaran.ble ana tau antara silibus yg disentuh dlm usrah remaja ni?bende yg basic selam ini dipelajari di sekolah2 or kampus2 o lain?
RESPON
QG adalah satu susunan buku memahami asas-asas Islam.Dan ia merangkumi 5 siri bermula dari QG 1-5. Setiap peringkat siri QG disusun sesuai dengan tahap-tahap yang perlu dihadami. InsyaALLAH QG merangkumi ke semua aspek-aspek asas yang melayakkan kita sebagai seorang MUSLIM. Pada penghujung dari penggunaan QG apa yang kita harapkan ialah kesedaran untuk melihat kewajipan mengintimakan diri dalam jamaah Islam. Yakni dalam erti kata lain memahami Islam sebagai satu cara hidup bukan amalan ritual.
Samada apa yang terkandung dalam QG mempunyai persamaan atau tidak dengan silibus sekolah atau kampus lain. Soalan ini memerlukan saya meneliti banyak silibus-silibus lain yang sedang atau telah digunakan di pelbagai tempat. Ikhlasnya saya tidak sebanyak itu pengetahuan dan penelitian.
Walau bagaimanapun, perbandingan yang boleh saya buat antara QG dan silibus yang biasa di kampus ialah :-
1) QG disusun untuk seseorang memahami Islam sbg ad-deen khususnya berkaitan dengan al-quran, hadis, adab dan akhlaq, fikrah serta sirah. Yakni bukan setakat memberi penumpuan soal perkara fikrah berjemaah dan isu semasa tanah air atau dunia Islam sahaja.
2) Kewujudan 5 siri QG memberi peringatan kepada saya, untuk melihat asas mengajak manusia lain kepada Islam tidak terlekat hanya pada perkara bersifat gerakan tetapi memahami Islam sebagai Ad-deen yakni ada asas-asas Islam yang harus difahami. Contohnya pada bacaan Quran dari segi tajwid.
3) QG juga satu usaha untuk menampilkan kualiti silibus usrah yang "bermaruah" dan di susun sesuai untuk remaja. "maruah" maksud saya ialah imej kita tampil bukan dengan imej yang bersifat photostat. Sebab itu QG dibentuk dengan imej senang dibawa, cantik dan berwibawa.
4) Secara peribadi apabila saya meneliti QG, saya mendapati (khususnya QG 4 dan 5) kewajaran penglibatan saya dalam harakah dari aspek sirah dan apa yang saya fahami (berkenaan harakah islam) ini mempunyai susur galur dengan perjuangan Rasulullah saw, kewujudan zaman pentadbiran khalifah ar-rasyidin, perang salib serta kejatuhan ketamadunan Islam. Maksud saya kefahaman bersama gerakan islam tidak terhenti dengan mendengar pernyataan dalam bentuk teori iaitu dari Firman ALLAH dan pesanan RASUL kita sahaja.
5) Namun apa yang penting bagi saya ialah QG sehingga hari ini telah diterima pakai secara rasmi di 6 buah sekolah di Kelantan ( boleh rujuk diblog QG). Maknanya ia adalah praktikal . Sedangkan promosi QG baru bermula tahun ini.
Monday, September 1, 2008
PENGUMUMAN
1) Kepada Cik Kartini (Johor) dan ust Nazemi (sarawak). Saya mohon maaf, no telefon anda telah hilang dari simpanan saya. Minta jasa baik dari pihak tuan dan puan untuk menghantar no telefon ke email saya untuk urusan yang selanjutnya. Harap maaf
Monday, July 21, 2008
Tuesday, June 24, 2008
Berkenalan bersama Penyususn
Penyusun Pertama
Mohd Rafie bin Yusof
Anak kelahiran Machang, Kelantan. Pendidikan rendah di Sek. Keb. Machang dari tahun 1980 - 1985. Kemudian ke Sek. Men. Kebangsaan (Agama) Wataniah, Machang sehingga tingkatan 3 (1986 - 1988) dan seterusnya menyambung pelajaran di Sek. Men. Keb. (Agama) Falahiah, Pasir Pekan, Tumpat sehingga peringkat STPM dari tahun 1989 - 1992. Seterusnya menyambung pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang Syariah (Undang-undang) dari tahun 1993 hingga tahun 1997.
Ketika di tingkatan 4 beliau telah menyertai usrah yang dipelopori oleh beberapa tenaga pengajar dan pelajar-pelajar tingkatan enam dengan menggunakan teks "Matan Al-Arbain". Seterusnya apabila diamanahkan sebagai pengerusi biro usrah dan masjid sekolah, beliau membuat proposal bagi mengadakan usrah untuk tingkatan satu dan dua kepada pihak sekolah dan kemudiaanya diterima dan seterusnya berjalan sehingga hari ini di sekolah tersebut (SMKA Falahiah). Belia bersama-sama sahabat yang lain juga telah menjemput pimpinan mahasiswa Pra-Akademi Islam Universiti Malaya Nilam Puri sebagai Naqib usrah untuk Nuqaba' sekolah.
Selama berada di Universiti Malaya belia merupakan aktivis PMIUM, pernah memegang jawatan EXCO PMKUM bagi sessi 1993/94, Pengerusi Jawatankuasa Pengembangan Kerohanian dan Adab Sopan Kolej Kediaman Kinabalu sessi 1994/1995, Timbalan Presiden PMKUM 1994/1995 & 1995/1996 serta Pengerusi MSK cawangan UM sessi 1995/1996 & 1996/1997 dan beberapa jawatan pengarah program.
Memulakan tugas di Pejabat Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan pada September 1997 hi sehingga September 2002 sebagai Pembantu Latihan. Semasa bertugas di situ beliau telah diamanahkan untuk melatih seluruh penghulu dan unit dakwah & halaqat negeri Kelantan dalam kursus "Kum Fa Anzir".
Sekarang beliau bertugas sebagai Penolong Pengarah (Pembangunan Belia) di Pejabat Urusetia Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang bertanggungjawab untuk mengadakan pelbagai aktiviti dan program yang disasarkan kepada belia dan beliawanis seluruh negeri Kelantan.
Dengan semua pengalaman samada dari dibangku sekolah, kemudiannya di peringkat kampus dan akhirnya ketika memasuki alam pekerjaan telah mengilhamkan beliau untuk menulis Quranic Group ini dalam bentuk buku untuk menjadi rujukan dan bacaan bukan sahaja untuk peringkat sekolah, malahan untuk peringkat kampus dan malahan ianya juga amat sesuai untuk semua peingkat usia.
Penyusun Kedua
Beliau adalah Mohd Norhusairi Mat Hussin. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah Undang-undang Universiti Malaya. Pernah Berkhidmat sebagai seorang peguam syarie di Firdaus & Partners Kota Bharu. Sekarang sedang menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah dalam bidang syariah undang-undang di Universiti Malaya dan berkhidmat sebagai tutor di universiti yang sama.
Beliau pernah dianugerahkan sebagai pelajar terbaik STPM Kelantan 2002. Dan pernah memperolehi beberapa anugerah lain pada tahun berikutnya. Antara anugerah yang diperolehi beliau ialah Anugerah Tokoh Maal Hijrah (Kementerian Pendidikan Malaysia) 2003, Anugerah Kecemerlangan SHELL Malaysia 2003, Anugerah Khas Pelajar Cemerlang Negeri 2003, Anugerah Pemuda UMNO Machang 2003.
Di samping itu beliau turut aktif dalam bidang kegiatan pelajar khususnya dari aspek kepimpinan dan kerohanian. Antara pengalaman kepimpinan beliau ialah sebagai Presiden Badan Dakwah dan Rohani SMKAF 2000,Pengerusi Jawatankuasa Kenegeraan, Patriotisme dan Kerohanian 2004-2005, Ahli Jawatankuasa Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya 2004-2005, Ketua Divisi Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya 2005-2006,Ahli Jawatankuasa Jabatan Pembangunan Remaja Negeri Kelantan 2008.
Monday, June 16, 2008
Istimewa Quranic Group (QG)
Keistimewaan Quranic Group(QG) adalah ia adalah satu usaha penelitian 10 orang anak muda yang aktif bersama gerakan dakwah untuk meremajakan pendekatan Quranic Group (QG) yang telah diguna pakai sebagai silibus usrah selama ini. Penggunaan tulisan yang berwarna dan diselit dengan penggunaan kartun-kartun serta gambarajah yang sesuai adalah antara inisiatif mereka merangsangkan keinginan generasi muda kepada usrah.
Sesungguhnya kesedaran mereka terhadap peri penting kelangsungan usrah sebagai tunjang kepada tarbiah. Kesedaran yang meyakini tanpa tarbiah sebuah gerakan dakwah sebenarnya menempah kegagalan dalam mencapai objektif dan hala tuju perjuangan. Usaha yang dicetus oleh golongan muda seperti ini sewajarnya dilihat sebagai petanda-petanda fajar Islam semakin ceria sinarnya.
Di samping itu juga , kewujudan kuiz-kuiz kecil sepanjang pembacaan Quranic Group (QG) adalah untuk membantu para naqib menguji kefahaman ahli usrah masing-masing. Penggunaan ayat-ayat mudah dan boleh difahami dengan melihat secara sepintas lalu adalah keistimewaan penting pada khazanah ilmu ini. Adalah sesuatu kerugian bagi mereka yang tidak menyediakan sedikit waktu untuk menilai keberkesanan Quranic Group(QG) yang telah terbukti kejayaannya.
SELAMAT MEMBACA

















