Tuesday, December 14, 2021

Bengkel Usrah Terbaik Untuk Nuqaba IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka




Alhamdulillah tamat Bengkel Usrah Terbaik untuk naqibah Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka. Kami berkongsi dengan mereka bagaimana mengendalikan usrah era norma baharu kini yang sememangnya mencabar.

.
Alhamdulillah majoriti gembira dan telah bersedia untuk mempraktikkan kemahiran dan ilmu yang dikongsikan.



.
Kami mengalu-alukan tuan-puan yang berminat untuk jayakan program seumpama ini untuk nuqaba di tempatnya. Boleh maklumkan kami dan kita boleh bincang sehingga ianya dapat direalisasikan. Klik link ini untuk hubungi kami: http://www.wasap.my/60134058718/BengkelUsrah
.
Terima kasih banyak-banyak atas keprihatinan tuan-puan. Kami suka!
.
Nik Kamal
Jurulatih Utama Bengkel Usrah Terbaik (BEST)
Pengurus Buku Silibus Usrah Quranic Group (QG)

Sunday, March 7, 2021

Bengkel Asas Nuqaba Untuk Nuqaba Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS)

 

Alhamdulillah syukur dapat jayakan modul Bengkel Asas Nuqaba ini kali pertama melalui online.

Walaupun berdepan juga dengan cabaran line internet, namun Alhamdulillah dapat juga ditamatkan dengan lancar.

3 slot yang setiap slot mengambil masa hampir 2 jam. Fuhh..

Dan lebih menarik para peserta majoritinya orang Sarawak kerana mereka ialah nuqaba dari Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS).



Terima kasih banyak-banyak kerana memberi kepercayaan kepada
Itqan Partners Training & Consultancy (ITC)
dan
Quranic Group - QG
untuk melaksanakan program ini.

Didoakan ada rezeki nanti kita dapat bersua muka secara fizikal di sana. Bolehlah kami singgah di Pasar Satok beli ikan terubuk, atau ke Mira Cake House beli kek lapis Sarawak 😁


Wednesday, September 30, 2020

3 Siri Bengkel Usrah Terbaik (BEST) di Perak Selesai Dengan Jayanya


Surat perlantikan kepada kami sebagai pelaksana program pengurusan usrah dan tarbiah kepada sekolah-sekolah di negeri Perak tahun 2020


Bengkel Usrah Terbaik kepada wakil pimpinan badan dakwah sekolah-sekolah di Perak


Slot 'Ada Apa Dengan Usrah' bersama naqibah Sekolah Raja Perempuan Ta'ayah, Ipoh Perak


Bengkel Usrah Terbaik kepada guru penasihat badan dakwah sekolah-sekolah di Perak


Sesi dialog 'Ada Apa Dengan Usrah' bersama naqib Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh Perak


Bengkel Usrah Terbaik kepada guru penasihat badan dakwah sekolah-sekolah di Perak


Bengkel Usrah Terbaik kepada guru penasihat badan dakwah sekolah-sekolah di Perak


Bagi tuan/puan yang berminat untuk kami jayakan program ini di tempatnya, mohon hubungi 0134058718 (Kamal). Terima kasih banyak-banyak.

Monday, September 7, 2020

Silibus Usrah QG Terus Mendapat Sambutan



Syukran kepada saudara Azri kerana telah mendapatkan 2 set buku ini untuk rujukan badan dakwah di sekolahnya.

Mudah-mudahan dapat membantu memberi nilai tambah kepada pengisian usrah para pelajar di sekolah.

Kami juga berbincang dengan beliau jika dapat bantu dari segi memberi latihan, motivasi dan taujihat kepada nuqaba mereka. Al maklumlah apabila melalui tempoh PKP yang lama, nuqaba juga perlu di'recharge' kembali semangat dan kesedarannya.

Bagi tuan-puan yang mahu dapatkan buku silibus usrah ini, atau dapatkan khidmat latihan dan motivasi untuk nuqaba sekolah, boleh hubungi 0134058718.

#quranicgroup
#BengkelUsrahTerbaik
#BEST
www.quranicgroup.blogspot.com

Monday, August 10, 2020

Silibus Usrah QG Di Perlis Dan Pahang

 


Alhamdulillah.


Terbaru buku silibus usrah ini telah mendapat tempahan dari naqibah di Matrikulasi Perlis dan juga ustazah di SMA Al Falah Batu Talam, Pahang.


Mudah-mudahan membantu mereka di dalam pengisian usrah In syaa Allah.


Bagi yang berminat, boleh whatsapp di talian - 0134058718.


#quranicgroup
Quranic Group - QG
www.quranicgroup.blogspot.com

Saturday, March 28, 2020

BENGKEL USRAH TERBAIK (BEST) Untuk Jabatan Agama Islam Perak (program ini sebelum PKP)

Alhamdulillah syukur.
Kami selesai mengendalikan program Bengkel Usrah Terbaik (BEST) di negeri Perak.
Cuma kali ini pesertanya berbeza. Bukan naqib/naqibah sekolah.
Tetapi ustaz-ustazah penasihat badan dakwah mereka.
Syukur segalanya berjalan lancar dan In syaa Allah akan turun ke sekolah-sekolah mereka pula nanti.
Mohon doa tuan-puan semua ya.







Wednesday, September 18, 2019

MODUL BENGKEL USRAH TERBAIK (BEST) UNTUK NUQABA UiTM PERLIS


Alhamdulillah selesai program sehari bersama nuqaba UiTM Perlis. Menggunakan modul Bengkel Usrah Terbaik (BEST).

Bertempat di Maahad Tahfiz Al-Imam An-Nawawi (MATIN) Perlis.

In syaa Allah mereka telah dipersiapkan dengan 3 bekalan ini untuk menggempur kampus dengan usrah yang hebat:
1 - Kesedaran tentang kepentingan memperjuangkan usrah berdasarkan sirah nabi
2 - Bagaimana menjadi nuqaba profesional
3 - Teknik dan skill untuk memastikan halaqah usrah hidup dan menyeronokkan


Didoakan yang terbaik untuk mereka.

Bagi yang berminat untuk kami jayakan program ini di tempatnya, mohon hubungi 0134058718 (Kamal)








Friday, August 2, 2019

Da'i Nasrul Bersama Buku Silibus Usrah Quranic Group

Terima kasih Da'i Nasrulzamry kerana sudi mempromosikan buku ini kepada pelajar-pelajar sekolah di dalam jelajah beliau ke sekolah-sekolah seluruh Kelantan.

Didoakan bermanfaat kepada semua.

Sunday, June 23, 2019

MODUL BENGKEL USRAH TERBAIK (BEST) untuk NUQABA SMA AL-FALAH, KEMAMAN TERENGGANU


Alhamdulillah kami telah menjayakan modul ini untuk para nuqaba usrah SMA AL-Falah, Kemaman Terengganu. Program dibuat di Awamg Beach Resort, Dungun Terengganu.
.
Antara yang kami kongsikan ialah:
- Bestnya usrah
- Bagaimana mengendalikan usrah dengan berkesan
Didoakan membantu mereka supaya dapat wujudkan suasana usrah yang hidup dan menyeronokkan.
.
Bagi yang berminat untuk kami jayakan modul ini di tempatnya, mohon hubungi 0134058718.
.

Monday, April 22, 2019

MODUL BENGKEL USRAH TERBAIK (BEST) di SMKA FALAHIAH



Alhamdulillah kami telah menjayakan modul ini untuk para nuqaba usrah SMKA Falahiah.

.

Antara yang kami kongsikan ialah:

- Apa yang perlu dilakukan pada fasa awal majlis usrah?

- Apa yang perlu dilakukan pada fasa pertengahan majlis usrah?

- Apa yang perlu dilakukan pada fasa akhir majlis usrah?

.

Didoakan membantu mereka supaya dapat wujudkan suasana usrah yang hidup dan menyeronokkan.

.

Bagi yang berminat untuk kami jayakan modul ini di tempatnya, mohon hubungi 0134058718.

.

#quranicgroup
#usrahremaja
#bengkelusrahterbaik
#BEST
Quranic Group - QG
www.quranicgroup.blogspot.com

Tuesday, April 2, 2019

Slot BESTNYA USRAH di SMUA Diniah Permatang Rambai, Pasir Puteh Kelantan.

Alhamdulillah selesai menjayakan slot Bestnya Usrah kepada pelajar SMUA Diniah Permatang Rambai, Pasir Puteh Kelantan.

Juga memberikan 1 set buku silibus usrah Quranic Group - QG kepada mudirahnya sebagai memenuhi permintaan beliau. Jika jadi, In syaa Allah sekolah ini bakal menggunakan buku silibus tersebut untuk usrah mereka bila diadakan kelak.

Mari kita doakan mudah-mudahan remaja-remaji ini mendapat manfaat yang besar hasil tarbiah melalui sistem usrah di sekolah mereka nanti.

Oh ya, kepada mana-mana individu/institusi yang berminat untuk kami jayakan program seumpama ini di tempatnya, mohon hubungi/whatsapp di talian 0134058718.


Tuesday, February 12, 2019

Motivasi Untuk Nuqaba - Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Dalam Kenangan


Hari ini 12 Februari, tarikh keramat pemergian 2 orang tokoh hebat dalam Islam.

1 - As Syahid Imam Hassan Al-Banna

2 - Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Kami naikkan kembali video kami dan sahabat-sahabat saat menuju ke Pulau Melaka untuk menunaikan solat jenazah kepada Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Saksikan berapa ramainya manusia hadir. Motivasi untuk kita supaya sentiasa bersama dalam perjuangan menegakkan Islam.

Khususnya naqib/naqibah yang terlibat di dalam perjuangan menghidupkan usrah sebagai usaha kita menegakkan Islam di tempat masing-masing.

Inilah bentuk kematian yang kita idam-idamkan!

Wednesday, January 30, 2019

BENGKEL USRAH TERBAIK (BEST) - SMK ZAINAB 2


Pertama kali saya menjayakan modul ini kepada pelajar aliran sekolah menengah kebangsaan. Biasanya kepada SMKA, SBP atau MRSM.

Pun begitu semangat dan kesedaran yang tinggi dari mereka sebagai perintis generasi awal tarbiah usrah di sekolah melalui agenda Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) benar-benar mengujakan.

Didoakan perkongsian seharian tadi memberi manfaat dan membantu kelancaran perjalanan usrah mereka.

Mana-mana pihak yang berminat untuk saya jayakan program ini di tempatnya, mohon hubungi 0134058718.


Monday, January 14, 2019

BENGKEL USRAH TERBAIK (BEST) 2019




Bismillah. In syaa Allah pada tahun 2019 ini, kami ceria dan gembira membantu pihak badan dakwah sekolah dan IPT untuk menjayakan program-program memperkasakan usrah.

Kami serius membantu naqib/naqibah usrah remaja menjalankan usrah dengan efektif dan efisyen, melalui modul Bengkel Usrah Terbaik (BEST) ini. Modul kemahiran kami ialah sebagaimana yang tertera di poster tersebut.

Kami juga menyediakan buku silibus usrah yang bertajuk Quranic Group - QG untuk pelajar sekolah menengah bermula tingkatan 1 sehingga tingkatan 5.

Testimoni klien terhadap modul latihan dan buku silibus usrah kami boleh dilihat di blog ini - www.quranicgroup.blogspot.com. Pelbagai perkongsian artikel, tip-tip usrah dan aktiviti tentang kami juga boleh dilihat di blog tersebut.

Kami berdoa mudah-mudahan direzekikan Allah untuk bersama tuan dan cikpuan jayakan komitmen ini, di samping mengeratkan silaturahim. Ameen.


Nik Kamal, pengurus latihan nuqaba remaja dan buku silibus usrah Quranic Group
No tel - 0134058718

Tuesday, November 27, 2018

Bengkel Usrah Terbaik (BEST) di SMKA Segamat, Johor


 Modul 1 iaitu Bestnya Usrah telah dimanfaatkan kepada mereka iaitu nuqaba SMKA Segamat.

Fokus modul ini ialah set minda mereka bahawa tanggungjawab sebagai naqib/naqibah sangat mulia di sisi Allah SWT.

Diceritakan juga kepada mereka tentang sejarah, dalil dan bukti tentang hebatnya sistem sokongan hidup melalui tarbiah usrah ini.

In syaa Allah jika ada rezeki, modul 2 iaitu Bagaimana Menjadi Nuqaba Profesional dan modul 3 iaitu Teknik Mengendalikan Usrah Berkesan bakal menemui mereka tahun 2019 nanti.

Terima kasih banyak-banyak kepada penasihat BADAR SMKA Segamat Ustaz Hadi di atas jemputan ini.

Bagi mana-mana insitusi yang berminat untuk kami jayakan modul ini di tempatnya, mohon hubungi/whatsapp 0134058718. Jika tuan dan cikpuan ada mengenali sesiapa sahaja yang perlukan modul ini khususnya penasihat BADAR sekolah, mohon share info ini kepada mereka ya. Syukran jazilan.

 Interaksi 2 hala antara trainer dan peserta


Jelas, semangat dan teratur diutamakan di dalam perkongsian



 Keceriaan yang terpapar di wajah mereka dengan aktiviti yang dilakukan


 Sesi pembentangan aktiviti untuk memberi peluang kepada peserta meluahkan apa yang difahami


 Pembinaan ukhuwah


Sokong-menyokong antara satu sama lain
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...